Monday, September 27, 2010

28 September 2010

Salam Isfahan,

hari ni 28 September 2010 (Selasa).

Setelah 2 bulan di batu Kawan, Penang , Isfahan dan ibu pulang kerumah di Saujana Utama.
Opah dan naufal pun ada sekali.

Isfahan suka tidur.Dan kuat minum susu.

 Kadang-kadang kalau mood kau baik kau akan tersenyum.

Bila menangis suara kau paling kuat.

Sekarang ibu sibuk mencari taska untuk hantar Fahan bila ibu mula bertugas nanti.
so far so good.

Sunday, September 19, 2010

20 September 2010

Assalamuakaikum Amir

Kau dilahirkan pada 1 Ogos 2010. Tepat jam 8.15 pagi. Hari Ahad.


Ayah kau bernama Mohd Saad Omar. Dibesarkan di Teluk Intan.

Dan ibu kau bernama Jalitah Hassan. Dibesarkan di Batu Kawan Penang.

kau beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Kau tinggal disebuah negara yang aman damai bernama Malaysia.


Pada awalnya kau akan dinamakan dengan nama Amir Nidal, nama yang dipilih oleh ibumu sendiri.

Tapi nama itu diubah setelah ayah menonton TV ketika pulang dari hospital.

Ianya sebuah rancangan dokumentari tentang masjid-masjid yang indah di dunia. Dan salah satu segmennya memaparkan sebuah masjid yang besar, bersejarah dan cantik disebuah daerah di Iran;Isfahan.

Isfahan; itulah kali pertama ayah mendengar nama itu. Dan ianya sebuah nama yang cantik bagi ayah.
Ketika itu juga ayah mula mendapat idea untuk menamakan kau dengan nama itu.

Iran sebuah negara yang memang terkena,l dengan intelektual Islam yang terkenal. Ketika ini mereka terknal dengan filem-filem yang baik


Not bad for a new name eh?

jadi bila orang tanya apa maksud Isfahan itu, kau jawablah yang ianya diinspirasikan dari masjid yang besar dan cantik.

selepas kau dilahirkan kau tinggal dihospital kerana sakit Kuning selama seminggu.

pada hari Khamis itu ibu mendapat berita yang ayahnya, Datuk kau telah dimasukkan ke hospital kerana penat.

Tak sampai sebulan kemudian dia meninggal dunia.

Amir Isfahan, kau membesar tanpa kenal datuk dari kedua-dua belah ibu dan ayah kau.