Wednesday, September 12, 2012

Raya 2012


Raya tahun 2012 jatuh pada bulan Ogos. dan tahun ni Baju raya Fahan berwarna light pink.
Dan berkasut Nike biru.

Raya pertama kita di Tapah Road. Raya kedua baru kita berangkat ke Batu Kawan, Penang dan berada disana selama seminggu.
Malam pertama Raya di Tapah, kita sampai lewat malam. Kau dan Naufal tidur lewat sebab menjerit sampai pagi.

Kemudian malam raya kita main bunga api dan mercun sampai jari kau kena api. Menangis kejap tapi tak lama.

Kalau dulu Fahan selalu menangis bila masuk rumah Batu Kawan, sekarang tak lagi. Saudara mara di Batu Kawan banyak yang terkejut Fahan masih belum bercakap penuh.

di Batu Kawan kau diusung kesana kemari oleh sanak saudara. Aktiviti yang sangat padat. Pada hari Jumaat, kau dan Fahan keluar rumah dan mandi dalam tub plastik sampai lenjun basah baju.

Banyak juga Fahan dapat duit raya. Semua ibu yang simpan. Kalau nak tahu berapa dapat sila tanya dia.