Sunday, November 28, 2010
28 November 2010
28 November 2010.
Ibu cakap Cepaan selsema.Tak boleh kena tinggal. Asyik nak berkepit je.
Cepaan kalau menangis sampai nak terkeluar anak tekak, sampai menitis air mata.
Malam kami ke klinik.
Monday, November 8, 2010
7 November 2010
ISfahan dah mula meniarap. masa ibu didapur Fahan meniarap sorang-sorang diruang tamu.
Monday, October 25, 2010
26 Oktober 2010
Opah terpaksa menggunakan 2 belah tangan untuk buai naufal dan Fahan.
Selasa 26 Oktober 2010
Fahan (atau Cepaan, nama panggilan Opah) mula cuba meniarap.tapi tak dapat sebab masih tak pandai nak angkat kepala.
Fahan kalau menangis kuat, sampai nak tercabut anak tekak.
tak boleh tinggal sorang, mesti kena duduk atas riba baru boleh berhenti menangis.
kata ibu Fahan ni manja.
Sunday, October 3, 2010
4 Oktober 2010: hari pertama Isfahan ke taska
Assalamualaikum Fahan,
Hari ni 4 Oktober 2010 (isnin) hari pertama Isfahan dihantar ke taska.Taska Nurul Naim yang tak berapa jauh dari rumah.
Takut juga sebenarnya nak hantar kau ke taska kerana kau kuat menangis. Dan kau kuat minum susu.
Takut susu habis dan takut kau menangis kuat.
harap semuanya ok. :)
Beberapa malam yang lepas kau mengamuk. Menangis kuat tak henti-henti.
Mungkin sebab dah seminggu kau tak buang air besar. Mungkin juga lepas abang ketuk kepala kau secara tak sengaja.
Monday, September 27, 2010
28 September 2010
Salam Isfahan,
hari ni 28 September 2010 (Selasa).
Setelah 2 bulan di batu Kawan, Penang , Isfahan dan ibu pulang kerumah di Saujana Utama.
Opah dan naufal pun ada sekali.
Isfahan suka tidur.Dan kuat minum susu.
Kadang-kadang kalau mood kau baik kau akan tersenyum.
Bila menangis suara kau paling kuat.
Sekarang ibu sibuk mencari taska untuk hantar Fahan bila ibu mula bertugas nanti.
so far so good.

Sunday, September 19, 2010
20 September 2010
Assalamuakaikum Amir
Kau dilahirkan pada 1 Ogos 2010. Tepat jam 8.15 pagi. Hari Ahad.
Ayah kau bernama Mohd Saad Omar. Dibesarkan di Teluk Intan.
Dan ibu kau bernama Jalitah Hassan. Dibesarkan di Batu Kawan Penang.
kau beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Kau tinggal disebuah negara yang aman damai bernama Malaysia.
Pada awalnya kau akan dinamakan dengan nama Amir Nidal, nama yang dipilih oleh ibumu sendiri.
Tapi nama itu diubah setelah ayah menonton TV ketika pulang dari hospital.
Ianya sebuah rancangan dokumentari tentang masjid-masjid yang indah di dunia. Dan salah satu segmennya memaparkan sebuah masjid yang besar, bersejarah dan cantik disebuah daerah di Iran;Isfahan.
Isfahan; itulah kali pertama ayah mendengar nama itu. Dan ianya sebuah nama yang cantik bagi ayah.
Ketika itu juga ayah mula mendapat idea untuk menamakan kau dengan nama itu.
Iran sebuah negara yang memang terkena,l dengan intelektual Islam yang terkenal. Ketika ini mereka terknal dengan filem-filem yang baik
Not bad for a new name eh?
jadi bila orang tanya apa maksud Isfahan itu, kau jawablah yang ianya diinspirasikan dari masjid yang besar dan cantik.
selepas kau dilahirkan kau tinggal dihospital kerana sakit Kuning selama seminggu.
pada hari Khamis itu ibu mendapat berita yang ayahnya, Datuk kau telah dimasukkan ke hospital kerana penat.
Tak sampai sebulan kemudian dia meninggal dunia.
Amir Isfahan, kau membesar tanpa kenal datuk dari kedua-dua belah ibu dan ayah kau.

Subscribe to:
Posts (Atom)