Sunday, September 4, 2016

Ogos 2016, Isfahan kena demam campak

25 Ogos 2016 Isfahan kena demam campak. Chicken Pox, Jadi Fahan tidak dibenarkan dihantar ke taska. Macam biasa, solution kita ialah untuk panggil back up Opah untuk membantu. Tapi Opah pun dah tak larat sangat dah sekarang. Kalau Opah tak boleh datang, ayahnya hanya tinggal satu option-bawak Isfahan ke tempat kerja. Fahan boleh main komputer sepanjang hari sementara ayahnya pergi ke kelas.

Its quite risque juga kerana Fahan akan berseorangan dalam pejabat. Dia boleh keluar dan merayau ,dan orang pejabat akan tanya "anak siapa ni?"

Akhirnya Opah bersetuju. Ayahnya terpaksa balik ke Tapah dan bawak Opah pada hari yang sama, Ahad 28 Ogos 2016. Jadi sepanjang Isfahan kena demam panas ni, Opah yang jaga Isfahan.

Selain dari itu, ada beberapa perkembangan lain-pada 10 Ogos, Fahan pergi check gigi di hospital Shah Alam. Doktor suggest Fahan kena cabut semua giginya untuk bagi tumbuh gigi baru. Sekarang kita kena tunggu que untuk buat operation.

Fahan juga sudah ada obsessi baru selain dari Thomas and Friends, iaitu Pac Man. Ini mungkin hasil dari tontonan filem PIXEL lakonan Adam Sandler. Dan yang paling teruk, Fahan telah ketagih mobile internet. Memang betul-betul ketagih. Fahan akan memeriksa poket ayahnya setiap kali ayah balik kerja. Kalau tak dapat dia akan mengamuk.
 Pakaian beragam untuk taska. Ibu yang tolong jahitkan dalam satu malam

Sambut birthday ayah