Monday, May 26, 2014

Mei 2014








Sebut "Ibu" jadi 'Ibi". Bangun pagi Fahan akan cari Ibi. Tapi 'ayah' disebut jelas 'ayah'.

Fahan masih obses dengan kartun Thomas and Friends. Selain dari itu dah mula ketagih pergi kedai dan juga lepak ditingkat atas rumah tengok DVD Thomas walaupun Tv bawah dan terpasang Thomas. Hafal semua karakter kartun Thomas.

Kalau ayahnya ambik dia dari taska waktu petang, dia akan menangis kalau tak dibawa ke kedai. Dia nak pergi kedai bukan sebab nak beli makan, tapi beli permainan. Yang dia tau'main, main,main".

Waktu malam, masa Naufal ada dirumah, mereka akan berkomplot berdua untuk naik keatas dan menjerit dengan suaraa nyaring.

DUlu dia tak berapa ngam dengan ayahnya tapi sekarang dia dah pandai bergusti. Kalau ayahnya duduk buat kerja dia akan tarik masuk dalam bilik dan wrestling.

Isfahan ni memang pandai memujuk. Kalau nak sesuatu dia akan merayu dan akhirnya dia akan sebut "please."....Please,please. Mana dia belajar entah.

26 hb Mei ibu pergi out station, hari Selasa sampai Khamis. Tinggal Isfahan dengan ayahnya. Memang kelam kabut dan haru biru. Sepatutnya kerja senang-ambik dari taska pukul 7, bagi susu, pasang tv, tukar lampin dan tidur sebelum pukul 11 malam. tapi dengan Fahan jadi lain ceritanya. Malam kedua tak tidur sepanjang malam dibuatnya. Bila nak lelap mata ada je Fahan kejutkan- susu habis, nak pasang Thomas, nak makan, nak mandi nak kencing. Tengah malam pun nak pergi kedai dan macam-macam lagi.

 Pukul 4 Isfahan kejut sebab nak mandi-bila periksa pampers basah. Bawa dalam bilik air Isfahan terus mandi pagi. Terus kita berdua tak tidur sampai pagi. Pukul 7 ayah mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Dan terus hantar Fahan ke taska.