Monday, July 9, 2012

9 Julai 2012


Dear Fahan,

sekarang dah 9 Julai, tak sampai sebulan lagi untuk bulan Ramadhan.

Ketika ini naufal dan Opah ada di Saujana Utama. Dan mungkin sebab itu kau pun sekali biasa tidur lewat.
Ada beberapa perbezaan watak antara kau dan abang kau Fahan. Fahan sanggup balas balik apa yang abang kau buat, terutama memukul sementara naufal tak. Walaupun badan Fahan kecik tapi kau tak takut untuk melawan balik.

 Hari pertama kamu berdua berebut mainan bas. kadang-kadang kamu berani melawan Naufal sampai berlari-lari mengejar dia yang merampas bas mainan dari tangan kau. malam tu kau tidur dengan bas mainan dalam dakapan.

Kemana sahaja kau pergi orang akan terkejut tengok betapa kurusnya kau. Tapi Fahan memang taknak makan nasi. Kalau disuap kau akan mengelak dan lari. Tapi kalau ada kuih atau biskut, kau akan genggam dengan 2 tangan.

Petang Sabtu lepas, Naufal tolak Fahan dari kerusi dimeja depan ruang tamu. Nasib baik takde kecederaan serius.




Sekarang Fahan dah pandai gigit orang bila marah. Mungkin perangai yang dapat dari kawan-kawan di taska. dan bila menjerit, bunyinya nyaring. yang tu mungkin belajar dari Naufal