Thursday, March 9, 2017

Result peperiksaan Pertengahan Tahun Amir Isfahan- April 2017

Testing

Isfahan dapat nombor 5 dalam kelasnya seramai 27 orang. Ok ini sangat mengejutkan. SANGAT MENGEJUTKAN! Kerana di rumah dia seorang yang sangat berat bila disuruh menulis dan membuat kerja sekolah. Ada sahaja alasan, ada sahaja yang tak kena dan sampai nak angkat pensil pun dia sangat berat. Ayahnya expect dia tak tulis satu apa pun di kertas masa exam.
Tapi syukur dia menulis juga sewaktu peperiksaan dan grade serta markah dia not bad. Not bad actually.
Walaupun marha dan grade tidak penting(ayahnya selalu berpegang pada pendapat ini) tapi rasa glad dan proud sebab dia berjaya menjawab kertas peperiksaan.






Pada 4 April 2017 pula, Pagi cikgu sekolah agama wassap ibu bagitahu Isfahan dah siapkan assignment. Biasanya, kata cikgu Isfahan paling lambat submit homework. CIkgu kata dia happy Isfahan menulis dengan cepat.



Sunday, January 22, 2017

Seminggu Persekolahan Darjah 1. 23 Januari 2017


Hadiah dari Prof Ches yang dipanggilnya grandpa.

https://www.facebook.com/saat.omar/videos/10154377838078315/

Isfahan dimasukkan ke kelas 1 Nafis.

Minggu-minggu pertama persekolahan berjalan lancar. paginya ayahnya akan hantar ke sekolah. Isfahan akan bangun seawal pukul 6 lebih.

Pukul 12.30 dia akan naik van untuk balik ke taska dan bersiap ke sekolah agama waktu petang.

By 7 pm, ayahnya akan ambil dari taska dan balik kerumah.

Ada beberapa masalah kecil. terutama ketika pulang dari sekolah kebangsaan.
1) Isfahan tak terus balik ke bus stop untuk menunggu van, sebaliknya dia sibuk di mesin air.

Cik Mat dah bising. Pada hari pertama jenuh kami cari Isfahan tak jumpa, rupa-rupanya dia ada di mesin air. Dia dibawa oleh cikgu sambil menangis bagai.

Van tak boleh tunggu. So Isfahan terpaksalah tunggu trip yang lain.

1) dia ada masalah nak cari van
2) Tak tahu tempat menunggu van.
3)Atau dia terlalu melenggang balik dari kelas.
4) Atau dia sibuk main mesin air,

Jadi ayahnya setiap hari, pukul 12.30 kena ada disekolah pastikan dia naik van tepat pada masanya.
Kadang-kadang Naufal ada dan membantu. Dia akan tarik Isfahan dan bawak pergi ke van.

Setelah hampir 2 minggu, Isfahan boleh ikut rutin. Walaupun kadang-kadang dia masih stuck kat mesin air.

Rasanya dia enjoy sekolah.

Pada 22 Januari, Isfahan dan Naufal ambik air Upin dan Ipin dari restoran Rasheed dan tak bayar. Ketika itu semua penduduk Saujana Utama sedang sibuk gotong royong. Ayahnya pergi ke rest itu kemudian dan bayar RM5.

Isnin, 23 Jan 2015. Ibu akan outstation selama 3 hari. Jadi Isfahan dan Naufal dibawah tanggungjawab ayahnya-kejutkan pagi, pakaikan baju, hantar pi sekolah dan lain-lain.
Pagi Isnin ayahnya hantar Isfahan seperti biasa. Dan pesan pada dia, lepas balik sekolah terus tunggu kat bas stop.
So pada pukul 12 tghari, ayahnya bertolak dari opisnya ke sekolah (Perjalanan dari opis ke sekolah mengambil masa 30 minit)

Lama tunggu kat bas stop tapi Isfahan masih tak muncul. Budak2 darkah 1 yg lain banyak yang dah balik dan naik van.

Lama tunggu suruh Naufal (yg kebetulan ada disitu) cari adiknya. "Cuba cari Fahan kat mesin air."
Naufal balik dan katanya takde.

Tak percaya cakap Naufal, ayahnya pergi ke mesin air. Dan dia nampak Fahan tengah terduduk depan mesin air. Tarik dia dan terus bawak ke bas stop. Tapi Van Cik Mat dah pun bergerak. Van Cik Mat ni memang tak tunggu orang. Sampai masa dia terus jalan. Kenapa ayahnya bayar RM650 (untuk dua orang) pada servis itu untuk hantar-ambik budak-budak pergi-balik sekolah pun dia tak tahu, kalau tak sempat menunggu/mencari.
So ayahnya ambik Isfahan naik atas motor dan bawa balik ke Taska.

Dont give up Fahan!

Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertama Sekolah Isfahan: 3 Januari 2016






naik van Che Mat.




Ibu ambik cuti seminggu untuk bantu Isfahan membiasakan diri dengan sekolah. Pagi dia kelas sekolah kebangsaan, petang dia sekolah agama.

Semua parents risau anak dia pada hari pertama persekolahan. Boleh ke dia adapt? tak ke dia menangis? takut ke dia? tahu ke dia nak beli makanan kat kantin? etc. So far so good untuk Isfahan. Mungkin sebab dia dah biasa di taska. Kalau dulu, pegang pen pun tak boleh. Sekarang dah boleh menulis sikit-sikit. Baca pun boleh.

Ketagihan Isfahan pada mobile phone dan internet makin hilang sikit demi sikit bila handphone ayahnya hancur berkecai lepas baling kat dinding. Ayahnya terpaksa beli handphone Samsung baru sebab pejabatnya berhubung melalui Whatsapp. Setakat ini HP ayahnya dirosakkan dari Isfahan. Hanya pakai bila dia ke tandas dan bilik yang berkunci sahaja. Isfahan tak boleh tahu yang ayahnya ada handphone Samsung baru.




Friday, November 25, 2016

Taska Konvokesyen: 19 November 2016







Walaupun ketagih bermain game handphone, Isfahan berjaya menamatkan pengajiannya di Taska Smart Soleh. Pada 19 November 2016, Isfahan menerima ijazahnya di Perpustakaan Raja Uda Seksyen 13, Shah Alam.

Bila Isfahan turun dari stage, Naufal sedia menunggu untuk memeluknya.

Sunday, September 4, 2016

Ogos 2016, Isfahan kena demam campak

25 Ogos 2016 Isfahan kena demam campak. Chicken Pox, Jadi Fahan tidak dibenarkan dihantar ke taska. Macam biasa, solution kita ialah untuk panggil back up Opah untuk membantu. Tapi Opah pun dah tak larat sangat dah sekarang. Kalau Opah tak boleh datang, ayahnya hanya tinggal satu option-bawak Isfahan ke tempat kerja. Fahan boleh main komputer sepanjang hari sementara ayahnya pergi ke kelas.

Its quite risque juga kerana Fahan akan berseorangan dalam pejabat. Dia boleh keluar dan merayau ,dan orang pejabat akan tanya "anak siapa ni?"

Akhirnya Opah bersetuju. Ayahnya terpaksa balik ke Tapah dan bawak Opah pada hari yang sama, Ahad 28 Ogos 2016. Jadi sepanjang Isfahan kena demam panas ni, Opah yang jaga Isfahan.

Selain dari itu, ada beberapa perkembangan lain-pada 10 Ogos, Fahan pergi check gigi di hospital Shah Alam. Doktor suggest Fahan kena cabut semua giginya untuk bagi tumbuh gigi baru. Sekarang kita kena tunggu que untuk buat operation.

Fahan juga sudah ada obsessi baru selain dari Thomas and Friends, iaitu Pac Man. Ini mungkin hasil dari tontonan filem PIXEL lakonan Adam Sandler. Dan yang paling teruk, Fahan telah ketagih mobile internet. Memang betul-betul ketagih. Fahan akan memeriksa poket ayahnya setiap kali ayah balik kerja. Kalau tak dapat dia akan mengamuk.
 Pakaian beragam untuk taska. Ibu yang tolong jahitkan dalam satu malam

Sambut birthday ayah

Monday, July 11, 2016

Hari Raya . 6 Julai 2016

 
 
ISfahan main internet di tepi rumah makciknya, menyorok dari orang sebab nak main internet.


Raya 2016.

Obsessi Isfahan pada Thomas and Friends sampai ke tahap yang sukar dibendung. Sekarang dia ketagih main Instagram dan you tube. Dia akan ambik mana-mana handphone makcik-makciknya dan pakai internet.

Dia juga dah pandai pakai wifi. Sebab hanya rumah makciknya ada wifi, dia akan ambik handphone ibunya (atau mana-mana handphone yang dia jumpa) dan lari ke rumah makciknya untuk main internet. Tengok Thomas and Friends tanpa rasa jemu. Ibunya cakap sampai dia lupa makan.

Wednesday, June 1, 2016

Mei 2016- Masuk hospital Sungai Buloh dan Port Dickson


 
11 Mei 2016, Fahan bangun dari tidur dan sakit kaki. Dia tak boleh berjalan betul. Kami tak tahu apa yang berlaku pada malam sebelum dia tidur kerana dia memang tidur paling lewat,bila ibu, ayah dan Naufal dah tidur dia masih menonton video di laptop.

Sangkakan sakit kakinya hanya sementara tapi sampai ke Sabtu dia masih tak boleh berjalan baik. Hari Sabtu pergi klinik dan doktor suggest terus bawak ke hospital. dari pukul 6 petang sampai ke 11 malam, lepas x ray dan ukur kaki dan macam-macam lagi sampai doktor pakar kanak-kanak di panggil, akhirnya Isfahan kena masuk wad. Ibunya temankan sepanjang malam.

Fahan duduk di hospital selama seminggu. Selama itu ibunya temankan dia dan ayahnya lari-lari dari pejabat untuk menjaga diwaktu siang. Ayah akan bangun pagi, (Masa waktu Liverpool kalah dengan Sevilla dalam perlawanan akhir UEFA Cup), thumb punch di pejabat pukul 6 pagi dan terus ke Hospital Sungai Buloh. Ibunya kemudian akan take turn untuk pergi ke opis, dan ayahnya akan jaga Isfahan sepanjang hari. Paling sukar ialah bila masa nak ambik darah.Nurse terpaksa cucuk tangan Fahan 2 kali sebab jarum terkeluar dan tangannya bengkak. Dia akan menjerit "Why you doing this?!!!"

Even masa tu doktor jarang bercakap dengan parents tentang situasi Isfahan. Dia on off ke tingkat bawah untuk x ray dan buat ultrasound check.

Pada 2 Jun, ibunya bawak Isfahan ke hospital untuk medical check up dan doktor suggest Isfahan buat operation untuk buang tulang yang terlebih. Kaki kirinya dikatakan terbantut pertumbuhan dan kurang 4 cm dari kaki kanan. Isfahan akan pakai besi, macam Forrest Gump selama 4 bulan.

Doktor bagi masa sebulan untuk fikir samaada nak buat operation ataupun tak. We decide not to do it.