Thursday, September 8, 2011

Hari Raya Kedua Isfahan; 30 ogos 2011



Salam Isfahan.

Tahun ini raya Aidilfitri disambut pada 30 Ogos. Dan ini tahun kedua Fahan menyambut hari Raya Aidilfitri.

Hari pertama kita beraya di Tapah dengan Opah. Kita berangkat pulang ke Batu Kawan Penang pada petang hari raya pertama.

Di Tapah ketika dalam perjalanan kau excited sampai gigit Opah dan melompat-lompat. Biasanya kau memang akan ghairah bila naik kereta.

Kita bercuti dikampung selama seminggu. Di permatang Pelanduk kak Kiah keliru samada Fahan budak lelaki atau perempuan.
Di Batu Kawan pula kau digomol setiap hari oleh sanak saudara. Didukung kehulu dan kehilir. Kak Ida yang biasa mandikan Fahan.

Pada hari Jumaat ibu potong rambut Fahan.

Kita pulang kembali ke Saujana Utama pada 4 September 2011.

macam biasa Fahan sukar untuk sesuaikan diri dengan isolation dan kelompok yang kecil. Fahan mudah menangis kalau berseorangan. di batu Kawan biasanya ramai orang akan melayan Fahan.

Pada hari Selasa 6 September 2011 ibu bawa Isfahan keklinik. Fahan didapati kena ulser kat tekak. Mungkin sebab itu Fahan asyik merengek tiap malam tak boleh minum susu. Tapi ketika blog ini ditulis Fahan beransur baik.

Biasanya pada waktu pagi ayah akan bawak Fahan naik motor pusing-pusing keliling rumah sebelum dihantar ke taska. Setakat ini Fahan tak takut naik motor, dan biasanya Fahan akan duduk diam atas bakul tu.

Ada juga Fahan dapat duit raya, tapi tak banyak sebab kita tak berjalan ke banyak rumah.

6 November 2011
6 November-Ingat tarikh ni! Ini tarikh fahan dah mula pandai berjalan. Malam tadi Fahan dah mula berjalan keliling rumah. walau jalan-jatuh, jalan-jatuh, tapi Fahan dah boleh seimbangkan badan.
Selain dari itu Fahan memang suka memunggah. Habis DVD dan apa sahaja barang yang boleh dicapai semua Fahan nak punggah.