Tuesday, August 7, 2012

Fahan Dah 2 Tahun




Ayah pun tak sempat merasa kek ni. dihantar ke Taska , Fahan makan dengan kawan-kawan lain.

1 Ogos lepas, kami sambut hari jadi  Isfahan dengan kek yang dihantar ke taska.

sekarang Fahan dah 2 tahun.

Ketika ini ramadhan sedang berlansung.

Fahan at 2 makin hyper. Terlebih gula kata Chess Skinner. Makan tak mahu. Susah nak bagi makan. Kalau sumbat kemulut pun Fahan akan tutup mulut.

Tangan Fahan tak lepas dari menggengam kereta mainan. Kalau tidur pun Fahan akan genggam kuat-kuat. kadang-kadang masa makan pun Fahan main kereta dalam pinggan.

Pada 4 Ogos kita ke Subang Parade untuk beli baju raya Fahan. Fahan hyper sungguh. Menjerit-jerit terlolong. Excited yang keterlaluan.

Panas baran kau boleh tahan jugak. Kalau marah kau suka baling kereta mainan,kadang-kadang sampai kena muka orang. Ada masa-masanya juga kau tepuk meja kuat-kuat kalau tak dapat apa yang kau nak.

Pada 6 Ogos ibu bekerja dan ayah jaga Fahan dirumah. Kita berdua.
Pertama kali ayah bancuh susu untuk fahan. Mungkin sebab air panas sangat melecur mulut kau hehe. Fahan terus buang botol susu.

Sementara itu harapan Malaysia nak dapat menang gold medal pertama di Olimpik sekali lagi terkandas bila Lee Chong wey tewas tipis kepada seteru utamanya Lin Dan di Olympic London 2012. Semua rakyat Malaysia menonton perlawanan akhir itu sampai sanggup ponteng sembahyang tarawikh, termasuklah ayah.