Friday, November 25, 2016
Taska Konvokesyen: 19 November 2016
Walaupun ketagih bermain game handphone, Isfahan berjaya menamatkan pengajiannya di Taska Smart Soleh. Pada 19 November 2016, Isfahan menerima ijazahnya di Perpustakaan Raja Uda Seksyen 13, Shah Alam.
Bila Isfahan turun dari stage, Naufal sedia menunggu untuk memeluknya.
Sunday, September 4, 2016
Ogos 2016, Isfahan kena demam campak
25 Ogos 2016 Isfahan kena demam campak. Chicken Pox, Jadi Fahan tidak dibenarkan dihantar ke taska. Macam biasa, solution kita ialah untuk panggil back up Opah untuk membantu. Tapi Opah pun dah tak larat sangat dah sekarang. Kalau Opah tak boleh datang, ayahnya hanya tinggal satu option-bawak Isfahan ke tempat kerja. Fahan boleh main komputer sepanjang hari sementara ayahnya pergi ke kelas.
Its quite risque juga kerana Fahan akan berseorangan dalam pejabat. Dia boleh keluar dan merayau ,dan orang pejabat akan tanya "anak siapa ni?"
Akhirnya Opah bersetuju. Ayahnya terpaksa balik ke Tapah dan bawak Opah pada hari yang sama, Ahad 28 Ogos 2016. Jadi sepanjang Isfahan kena demam panas ni, Opah yang jaga Isfahan.
Selain dari itu, ada beberapa perkembangan lain-pada 10 Ogos, Fahan pergi check gigi di hospital Shah Alam. Doktor suggest Fahan kena cabut semua giginya untuk bagi tumbuh gigi baru. Sekarang kita kena tunggu que untuk buat operation.
Fahan juga sudah ada obsessi baru selain dari Thomas and Friends, iaitu Pac Man. Ini mungkin hasil dari tontonan filem PIXEL lakonan Adam Sandler. Dan yang paling teruk, Fahan telah ketagih mobile internet. Memang betul-betul ketagih. Fahan akan memeriksa poket ayahnya setiap kali ayah balik kerja. Kalau tak dapat dia akan mengamuk.
Pakaian beragam untuk taska. Ibu yang tolong jahitkan dalam satu malam
Sambut birthday ayah

Monday, July 11, 2016
Hari Raya . 6 Julai 2016
ISfahan main internet di tepi rumah makciknya, menyorok dari orang sebab nak main internet.
Raya 2016.
Obsessi Isfahan pada Thomas and Friends sampai ke tahap yang sukar dibendung. Sekarang dia ketagih main Instagram dan you tube. Dia akan ambik mana-mana handphone makcik-makciknya dan pakai internet.
Dia juga dah pandai pakai wifi. Sebab hanya rumah makciknya ada wifi, dia akan ambik handphone ibunya (atau mana-mana handphone yang dia jumpa) dan lari ke rumah makciknya untuk main internet. Tengok Thomas and Friends tanpa rasa jemu. Ibunya cakap sampai dia lupa makan.

Wednesday, June 1, 2016
Mei 2016- Masuk hospital Sungai Buloh dan Port Dickson
Sangkakan sakit kakinya hanya sementara tapi sampai ke Sabtu dia masih tak boleh berjalan baik. Hari Sabtu pergi klinik dan doktor suggest terus bawak ke hospital. dari pukul 6 petang sampai ke 11 malam, lepas x ray dan ukur kaki dan macam-macam lagi sampai doktor pakar kanak-kanak di panggil, akhirnya Isfahan kena masuk wad. Ibunya temankan sepanjang malam.
Fahan duduk di hospital selama seminggu. Selama itu ibunya temankan dia dan ayahnya lari-lari dari pejabat untuk menjaga diwaktu siang. Ayah akan bangun pagi, (Masa waktu Liverpool kalah dengan Sevilla dalam perlawanan akhir UEFA Cup), thumb punch di pejabat pukul 6 pagi dan terus ke Hospital Sungai Buloh. Ibunya kemudian akan take turn untuk pergi ke opis, dan ayahnya akan jaga Isfahan sepanjang hari. Paling sukar ialah bila masa nak ambik darah.Nurse terpaksa cucuk tangan Fahan 2 kali sebab jarum terkeluar dan tangannya bengkak. Dia akan menjerit "Why you doing this?!!!"
Even masa tu doktor jarang bercakap dengan parents tentang situasi Isfahan. Dia on off ke tingkat bawah untuk x ray dan buat ultrasound check.
Pada 2 Jun, ibunya bawak Isfahan ke hospital untuk medical check up dan doktor suggest Isfahan buat operation untuk buang tulang yang terlebih. Kaki kirinya dikatakan terbantut pertumbuhan dan kurang 4 cm dari kaki kanan. Isfahan akan pakai besi, macam Forrest Gump selama 4 bulan.
Doktor bagi masa sebulan untuk fikir samaada nak buat operation ataupun tak. We decide not to do it.
Subscribe to:
Posts (Atom)