Wednesday, June 1, 2016

Mei 2016- Masuk hospital Sungai Buloh dan Port Dickson


 
11 Mei 2016, Fahan bangun dari tidur dan sakit kaki. Dia tak boleh berjalan betul. Kami tak tahu apa yang berlaku pada malam sebelum dia tidur kerana dia memang tidur paling lewat,bila ibu, ayah dan Naufal dah tidur dia masih menonton video di laptop.

Sangkakan sakit kakinya hanya sementara tapi sampai ke Sabtu dia masih tak boleh berjalan baik. Hari Sabtu pergi klinik dan doktor suggest terus bawak ke hospital. dari pukul 6 petang sampai ke 11 malam, lepas x ray dan ukur kaki dan macam-macam lagi sampai doktor pakar kanak-kanak di panggil, akhirnya Isfahan kena masuk wad. Ibunya temankan sepanjang malam.

Fahan duduk di hospital selama seminggu. Selama itu ibunya temankan dia dan ayahnya lari-lari dari pejabat untuk menjaga diwaktu siang. Ayah akan bangun pagi, (Masa waktu Liverpool kalah dengan Sevilla dalam perlawanan akhir UEFA Cup), thumb punch di pejabat pukul 6 pagi dan terus ke Hospital Sungai Buloh. Ibunya kemudian akan take turn untuk pergi ke opis, dan ayahnya akan jaga Isfahan sepanjang hari. Paling sukar ialah bila masa nak ambik darah.Nurse terpaksa cucuk tangan Fahan 2 kali sebab jarum terkeluar dan tangannya bengkak. Dia akan menjerit "Why you doing this?!!!"

Even masa tu doktor jarang bercakap dengan parents tentang situasi Isfahan. Dia on off ke tingkat bawah untuk x ray dan buat ultrasound check.

Pada 2 Jun, ibunya bawak Isfahan ke hospital untuk medical check up dan doktor suggest Isfahan buat operation untuk buang tulang yang terlebih. Kaki kirinya dikatakan terbantut pertumbuhan dan kurang 4 cm dari kaki kanan. Isfahan akan pakai besi, macam Forrest Gump selama 4 bulan.

Doktor bagi masa sebulan untuk fikir samaada nak buat operation ataupun tak. We decide not to do it.