Wednesday, July 31, 2013

Happy Birthday Isfahan ke 3: 1 Ogos 2013






30 Julai malam kita semua pergi beli baju raya Isfahan.

Lepas tu pergi kedai Cake. Cake tu keesokan paginya hantar ke taska untuk makan sama-sama dengan budak-budak lain.

Itu je. takde apa-apa sangat. Nak bawak ke Disneyland tak mampu.

Monday, July 1, 2013

Jun 2013

 Pasar Pagi Sabtu, Saujana Utama




Tengah bulan Jerebu kuat. Satu Malaysia kena jerebu.

Malam Khamis 27 Jun kita pergi tengok wayang-Monster Universitiy di Space U8, Shah Alam. Fahan tak bising alhamdulillah tapi berlari kesana kemari dalam panggung wayang.

Makin lama Fahan makin rapat dengan ayah. terutama selepas boleh naik ketingkat atas. Fahan akan tengok Thomas And Friends, Toy Story 2 dan Teletubbies. Dah mula pandai tukar DVD sendiri.
Kalau balik dari taska je Fahan terus naik tingkat atas. Bila bangun tidur pun Fahan atas terus berlari ketingkat atas dan pasang DVD.


Sunday, April 21, 2013

21 April 2013 :Menunggu 'Thomas and Friends' di Tapah Road

 Kadang-kadang petang Ahad ayah akan bawa Fahan ke padang permainan

Dengan Naufal di rumah Yong Tua sewaktu kenduri anak kembarnya
 Guntung rambut di kedai gunting terkenal di Tapah Road buat kali kedua

 Agenda utama, tengok keretapi Thomas di Stesyen keretapi Tapah Road petang Ahad, pukul 5.30

 Keretapi laju



 Keretapi barang pukul 6 petang. Naufal tutup telinga setiap kali keretapi lalu. Dari jauh bunyi kuat keretapi dah dengar




Lepas balik tengok keretapi semua tertidur penat.



20 April kita balik ke Tapah sebab ada wedding anak Yong Tua di Bidor.

di Tapah Road malam macam biasa, dan Fahan main dengan Naufal sampai pukul 5 pagi baru tidur.

20hb hari sama penamaan calon bagi Pilihanraya Umum ke 13.

lepas balik kenduri singgah kedai gunting rambut kejap.

Petang Ahad ,pukul 5.15 kita bergegas ke stesyen keretapi Tapah Road. Ini dah macam jadi rutin petang setiap kali balik Tapah-tengok keretapi. Pukul 5.30 keretapi sampai. Laju je menohen.

Fahan masih obses dengan kartun Thomas and Friends. Siap hafal lagunya kata ibu.

suka roti dan peanut butter.

Balik semula ke Saujana Utama malam Ahad. sempat tengok Liverpool vs Chelsea. Suarez gigit lengan Ivanovich.

Sunday, March 17, 2013

9 Mac 2013: Pertama Kali Menonton Wayang

 Dalam perjalanan menonton Oz.





9 Mac 2013. Pertama kali Fahan tengok wayang dengan ibu di Cathay Cineleisure, Curve.
Filem bertajuk Oz Great Powerful.

Semasa filem berputar Fahan bising, sekali sekala ibu akan keluar dari panggung.

Fahan ada obsessi baru, Thomas keretapi. Baju Thomas taknak bukak dan tidur pun dengan mainan kereta tu.

Fahan panggil semua orang "mama". Termasuklah ayah.

Thursday, February 28, 2013

Mac 2013


 Naik bot.
 Mandi laut di Pulau Aman.
 Buku kegemaran Thomas and Friend. bawa kemana sahaja.

 di Galeri Mont Kiara bersama Uncle Derek

Art Gallery Mont Kiara "Chasing Dream" 23 Februari 2013





Tengah bulan Februari kita balik Penang, jalan-jalan Pulau Aman.

Fahan makin ligat. lebih laju berlari dari Naufal.

Fahan kaki jalan, kalau ayah naik motor mesti nak ikut. Apatah lagi kalau naik kereta. Dah tau bila kami bersiap-siap, kau akan standby tepi kereta.

Selain dari itu Fahan tak ngam dengan ayah. Lebih rapat dengan mak.

Makan masih nak mengelak. Kalau disuap kemulut pun cuba mengelak. Tapi minum susu kuat.




Monday, October 29, 2012

25 Oktober 2012: Raya Haji dan Gunting Rambut di Tapah Road

25 November 2012 kita balik ke Tapah untuk sambutan Raya Haji.

Macam biasa Fahan dan abang Naufal kalau jumpa mesti menjerit-jerit.

Pada hari Ahad pagi fahan, ayah, Opah dan naufal pergi ke kedai gunting rambut. Ini kali pertama Fahan gunting rambut di kedai. Fahan nangislah jugak, sikit-sikit.








masa tiba di Saujana Utama, waktu pagi bila ayah hantar Fahan ke taska, semua cikgu heboh fahan dah rambut pendek "Fahan dah rambut pendek, Fahan dah rambut pendek" kata diaorang.

di Tapah kau melangot menonton Finding Nemo dengan abang, Naufal.

Selain dari itu ada juga berebut Vitagen dan makanan lain.