Tuesday, October 1, 2013

1 Oktober 2013

Ibu pergi outstation lagi di Cameron Highland dan Fahan akan bersama dengan ayahnya untuk tiga malam.

Fahan akan tengok kartun sampai pukul 1 lebih. Tapi dia senang nak kejut waktu pagi.

Kalau naik motor dia akan tunjuk jalan lain, nak jalan-jalan dan pusing pekan kecil tu. Kalau tak, dia menangis. Bila melepasi Central Mart dia akan tunjuk nak masuk kedalam.

Yang paling susah adalah bab makan. Fahan taknak makan apa pun.Ayah cuba beli macam-macam tapi dia tak nak makan. Nasi apatah lagi. Yang dia makan hanya twisties dan keropok-keropok. Tapi kalau berak mesti banyak.

Ketika ini Fahan ketagih tab. "Nak main! nak main" katanya. Tapi bila bateri kong dia mula menangis.

Selain dari itu Fahan mula ketagih naik motor dan dibawa pusing-pusing keliling Saujana Utama. kadang-kadang pukul 10 malam dia akan ambil kunci motor dan nak buka pintu rumah untuk keluar.
Dia suka pergi ke Central Mart dan singgah dibahagian mainan. Bila tak dapat menangis.

Kalau bawa ke restoran mamak dia tahu mana nak ambil aiskrim.

Perkataan-perkataan kegemaran dia adalah "oh no" dan "We made it". semua tu dapat dari kartun TV.

Tapi Fahan dah pandai selimutkan diri bila ayah tutup lampu ,baring sambil minum susu.











Wednesday, August 21, 2013

Hari Raya 2013: Ogos


 Pagi raya
 Sampai rumah Opah Cho terus naik tangga. Semua takut rumah atas tu roboh.
 Malam Ahad di Batu Kawan kita semua pergi funfair
 Hari Isnin berkelah di Batu Kawan
Hari Raya macam biasa-mula-mula kita pergi Tapah then kita balik Batu Kawan.

Fahan hanya pecahkan sebiji cawan. Not badlah.


21 Ogos Ibu pi out station, tinggal Fahan dan ayah berdua sampai hari Ahad.

Lepas hantar ibu di Shell station, Fahan mengamuk menjerit taknak turun dari kereta. Lama ayah pujuk dengan vitagen. Malam tu sahaja Fahan habiskan 5 botol vitagen!

Ayah buatkan susu. Tak tau sedap ke tak, tapi Fahan minum juga sampai habis. Masa tidur, sibuk menggaru kaki. Nyamuk agaknya.

23 Ogos
Petang kita pi shopping kat Econ Save. Beli semua makanan kegemaran Fahan

24 Ogos
Petang kita ke Bangsar. ada talk tentang magic Realism di Silverfishbook. Tapi hanya dapat bertahan 5 minit sebab Fahan buat bising. Kita terus keluar dan makan di restoran mamak.

25 Ogos
Hari Ahad dan kita hanya stay dirumah sahaja. Pagi pergi breakfast nasi lemak. Malam kita mandi berdua.


Wednesday, July 31, 2013

Happy Birthday Isfahan ke 3: 1 Ogos 2013






30 Julai malam kita semua pergi beli baju raya Isfahan.

Lepas tu pergi kedai Cake. Cake tu keesokan paginya hantar ke taska untuk makan sama-sama dengan budak-budak lain.

Itu je. takde apa-apa sangat. Nak bawak ke Disneyland tak mampu.

Monday, July 1, 2013

Jun 2013

 Pasar Pagi Sabtu, Saujana Utama




Tengah bulan Jerebu kuat. Satu Malaysia kena jerebu.

Malam Khamis 27 Jun kita pergi tengok wayang-Monster Universitiy di Space U8, Shah Alam. Fahan tak bising alhamdulillah tapi berlari kesana kemari dalam panggung wayang.

Makin lama Fahan makin rapat dengan ayah. terutama selepas boleh naik ketingkat atas. Fahan akan tengok Thomas And Friends, Toy Story 2 dan Teletubbies. Dah mula pandai tukar DVD sendiri.
Kalau balik dari taska je Fahan terus naik tingkat atas. Bila bangun tidur pun Fahan atas terus berlari ketingkat atas dan pasang DVD.


Sunday, April 21, 2013

21 April 2013 :Menunggu 'Thomas and Friends' di Tapah Road

 Kadang-kadang petang Ahad ayah akan bawa Fahan ke padang permainan

Dengan Naufal di rumah Yong Tua sewaktu kenduri anak kembarnya
 Guntung rambut di kedai gunting terkenal di Tapah Road buat kali kedua

 Agenda utama, tengok keretapi Thomas di Stesyen keretapi Tapah Road petang Ahad, pukul 5.30

 Keretapi laju



 Keretapi barang pukul 6 petang. Naufal tutup telinga setiap kali keretapi lalu. Dari jauh bunyi kuat keretapi dah dengar




Lepas balik tengok keretapi semua tertidur penat.



20 April kita balik ke Tapah sebab ada wedding anak Yong Tua di Bidor.

di Tapah Road malam macam biasa, dan Fahan main dengan Naufal sampai pukul 5 pagi baru tidur.

20hb hari sama penamaan calon bagi Pilihanraya Umum ke 13.

lepas balik kenduri singgah kedai gunting rambut kejap.

Petang Ahad ,pukul 5.15 kita bergegas ke stesyen keretapi Tapah Road. Ini dah macam jadi rutin petang setiap kali balik Tapah-tengok keretapi. Pukul 5.30 keretapi sampai. Laju je menohen.

Fahan masih obses dengan kartun Thomas and Friends. Siap hafal lagunya kata ibu.

suka roti dan peanut butter.

Balik semula ke Saujana Utama malam Ahad. sempat tengok Liverpool vs Chelsea. Suarez gigit lengan Ivanovich.

Sunday, March 17, 2013

9 Mac 2013: Pertama Kali Menonton Wayang

 Dalam perjalanan menonton Oz.





9 Mac 2013. Pertama kali Fahan tengok wayang dengan ibu di Cathay Cineleisure, Curve.
Filem bertajuk Oz Great Powerful.

Semasa filem berputar Fahan bising, sekali sekala ibu akan keluar dari panggung.

Fahan ada obsessi baru, Thomas keretapi. Baju Thomas taknak bukak dan tidur pun dengan mainan kereta tu.

Fahan panggil semua orang "mama". Termasuklah ayah.

Thursday, February 28, 2013

Mac 2013


 Naik bot.
 Mandi laut di Pulau Aman.
 Buku kegemaran Thomas and Friend. bawa kemana sahaja.

 di Galeri Mont Kiara bersama Uncle Derek

Art Gallery Mont Kiara "Chasing Dream" 23 Februari 2013





Tengah bulan Februari kita balik Penang, jalan-jalan Pulau Aman.

Fahan makin ligat. lebih laju berlari dari Naufal.

Fahan kaki jalan, kalau ayah naik motor mesti nak ikut. Apatah lagi kalau naik kereta. Dah tau bila kami bersiap-siap, kau akan standby tepi kereta.

Selain dari itu Fahan tak ngam dengan ayah. Lebih rapat dengan mak.

Makan masih nak mengelak. Kalau disuap kemulut pun cuba mengelak. Tapi minum susu kuat.