Sunday, January 22, 2017

Seminggu Persekolahan Darjah 1. 23 Januari 2017


Hadiah dari Prof Ches yang dipanggilnya grandpa.

https://www.facebook.com/saat.omar/videos/10154377838078315/

Isfahan dimasukkan ke kelas 1 Nafis.

Minggu-minggu pertama persekolahan berjalan lancar. paginya ayahnya akan hantar ke sekolah. Isfahan akan bangun seawal pukul 6 lebih.

Pukul 12.30 dia akan naik van untuk balik ke taska dan bersiap ke sekolah agama waktu petang.

By 7 pm, ayahnya akan ambil dari taska dan balik kerumah.

Ada beberapa masalah kecil. terutama ketika pulang dari sekolah kebangsaan.
1) Isfahan tak terus balik ke bus stop untuk menunggu van, sebaliknya dia sibuk di mesin air.

Cik Mat dah bising. Pada hari pertama jenuh kami cari Isfahan tak jumpa, rupa-rupanya dia ada di mesin air. Dia dibawa oleh cikgu sambil menangis bagai.

Van tak boleh tunggu. So Isfahan terpaksalah tunggu trip yang lain.

1) dia ada masalah nak cari van
2) Tak tahu tempat menunggu van.
3)Atau dia terlalu melenggang balik dari kelas.
4) Atau dia sibuk main mesin air,

Jadi ayahnya setiap hari, pukul 12.30 kena ada disekolah pastikan dia naik van tepat pada masanya.
Kadang-kadang Naufal ada dan membantu. Dia akan tarik Isfahan dan bawak pergi ke van.

Setelah hampir 2 minggu, Isfahan boleh ikut rutin. Walaupun kadang-kadang dia masih stuck kat mesin air.

Rasanya dia enjoy sekolah.

Pada 22 Januari, Isfahan dan Naufal ambik air Upin dan Ipin dari restoran Rasheed dan tak bayar. Ketika itu semua penduduk Saujana Utama sedang sibuk gotong royong. Ayahnya pergi ke rest itu kemudian dan bayar RM5.

Isnin, 23 Jan 2015. Ibu akan outstation selama 3 hari. Jadi Isfahan dan Naufal dibawah tanggungjawab ayahnya-kejutkan pagi, pakaikan baju, hantar pi sekolah dan lain-lain.
Pagi Isnin ayahnya hantar Isfahan seperti biasa. Dan pesan pada dia, lepas balik sekolah terus tunggu kat bas stop.
So pada pukul 12 tghari, ayahnya bertolak dari opisnya ke sekolah (Perjalanan dari opis ke sekolah mengambil masa 30 minit)

Lama tunggu kat bas stop tapi Isfahan masih tak muncul. Budak2 darkah 1 yg lain banyak yang dah balik dan naik van.

Lama tunggu suruh Naufal (yg kebetulan ada disitu) cari adiknya. "Cuba cari Fahan kat mesin air."
Naufal balik dan katanya takde.

Tak percaya cakap Naufal, ayahnya pergi ke mesin air. Dan dia nampak Fahan tengah terduduk depan mesin air. Tarik dia dan terus bawak ke bas stop. Tapi Van Cik Mat dah pun bergerak. Van Cik Mat ni memang tak tunggu orang. Sampai masa dia terus jalan. Kenapa ayahnya bayar RM650 (untuk dua orang) pada servis itu untuk hantar-ambik budak-budak pergi-balik sekolah pun dia tak tahu, kalau tak sempat menunggu/mencari.
So ayahnya ambik Isfahan naik atas motor dan bawa balik ke Taska.

Dont give up Fahan!

No comments: