Sunday, July 31, 2011

Hari jadi Amir Isfahan yang pertama adalah juga Ramadhan yang pertama 2011

Salam Isfahan,



hari ni 1 Ogos 2011. hari pertama umat Islam berpuasa ditahun ini. hari ini juga, kebetulan adalah hari lahir Isfahan yang pertama. Amir Isfahan genap setahun hari ini.

Setakat ini Isfahan sudah pandai berjalan jatuh.Dan selalu saja kacau ayah bila ayah bekerja depan laptop.

Selain dari itu sejak kebelakangan ini Fahan sudah semakin aggresif dan galak. Suka meloncat-loncat. Suka membongkar barang.Dan tersenyum pada sesiapa sahaja.

Mudah menangis diwaktu pagi bila terasa ditinggal dan keseorangan.

beberapa hari sebelumnya fahan dah mula pandai menangis sebab rasa kena tinggal. Terutama bila melihat ayah pergi kerja awal pagi.

Fahan makin buas. Sebab Fahan makin buas banyak kali fahan terhantuk, terjatuh. Dulu pernah terfikir nak beli helmet cover kepala tapi mahal sangat.

Beberapa minggu lalu Opah dan abang, Naufal tinggal dengan kita. Fahan selalu berkepit dengan Opah. Terutama sebab Opah rajin bagi Fahan makan.

Selepas Opah dan Naufal kembali ke Tapah, ibu kata Fahan suram pada hari pertama. Mungkin sebab dah biasa dengan Opah barangkali maka Fahan terasa kehilangan. yang nyatanyas memang Fahan lebih suka kalau dikelilingi oleh ramai orang dari ditinggalkan sendirian.

Selamat hari jadi yang pertama Fahan. Malam ni kita akan makan kek harijadi yang pertama sama-sama.

12 Ogos 2011
Fahan dah mula panggil mak. Atau "Makkkkkkk" atau "owwwwwmmmmakkkk" Tak tahu Fahan panggil mak atau refer mak tu sebagai makanan.

Ada beberapa waktunya Fahan aggesif sangat. terloncat kesana terloncat kesini. Cikgu di Taska pun cakap Fahan semakin aggresif. Berbeza dengan beberapa minggu kebelakangan ini.

Biasa pada waktu petang, kakak akan datang kerumah kita dan main dengan Fahan. kakak dari rumah jiran hadapan satu tadika dengan Fahan. Kakak adalah jiran pertama yang bertandang kerumah kita. Harap kamu berdua akan berkawan baik sampai dewasa.

14 Ogos 2011
Pagi ni kali pertama Fahan naik motor. pada mulanya Fahan takut dengar bunyi enjin motor,menangis bila diletakkan diatas para motor. Tapi bila bawak motor, alhamdulillah Fahan diam je.

No comments: