Monday, November 14, 2011

14 Nov: Raya Haji dan Demam Campak


Di Batu Kawan, seronok disorong Kak Tira. Kak Tira antara yang paling rajin melayan kau.
Menangis 24 jam. Macam Ahmad Albab. Kalau Tompel masih hidup memang ayah bawak Fahan jumpa dia

Bila demam Fahan pun jadi lembik




Dear Isfahan,

Pada 6 November kita pulang ke Tapah Road dan batu Kawan untuk sambutan Hari Raja Haji.

Fahan pakai baju Melayu warna coklat.

Disana kita sambut hari jadi Abang sekali walaupun tarikh lahirnya 25hb November.

Pada12 November kau kena demam campak.Menangis sepanjang malam.

petangnya ibu pi tolong make up orang di Subang, kita tinggal berdua. Ini pertama kali Fahan tinggal dengan ayah.

Fahan nangis sepanjang masa, ayah pun tak tahu nak buat macam apa.

kau hanya diam sekejap bila tengok game Angry Bird.
Kemudian ayah letak kau disofa dan urut badan kau.

Pukul 6 lebih ayah bawak kau jalan-jalan naik motor. Kau diam sekejap.

Lepas maghrib baru kami bawa kau ke klinik. Dan susahnya nak bagi kau manak ubat liquid hanya Tuhan saja yang tahu. Sesatunya benda yang kau tolak bila dimasukkan kedalam mulut.

Malamnya England kalahkan Spain dalam bola friendly antarabangsa 1-0.

16 November 2011
Pada siangnya Fahan macam biasa, main-main walaupun memang sakit dalam mulut. Tapi pada waktu malam, dari pukul 12.15 sampai ke 4 pagi Fahan akan menangis macam kena rasuk. Tiba-tiba menjerit waktu tidur dan terus menjerit. Ayah dan Ibu pun tak tahu nak buat apa.

Tuesday, November 1, 2011

1.11.2011....



Salam Isfahan,

hari ni 1.11.2011...

setakat ini alhamdulillah, semuanya seperti biasa. Abang Naufal balik kesini pada beberapa minggu lepas selama 2 minggu dan hubungan kamu berdua baik macam biasa. Fahan dah pandai melawan abang.

Fahan tak boleh berpisah dengan Opah. ANtara beza Fahan dengan Abang adalah Fahan tak pernah tolak makanan. Apa sahaja yang disuap kemulut Fahan makan, sementara Abang Naufal memilih makanan.

Fahan juga sudah suka menonton kartun sementara naufal tak.

Fahan makin galak kata ibu. Mungkin ada benarnya. Sudah mula pandai ketawa terkekeh kekeh dan pandai mengajuk orang.

Masih lagi sensitif, mudah tersentuh dan mudah menangis-terutama kalau barang yang dipegang dirampas oleh ibu atau ayah.

Ibu cerita Fahan pernah menjerit satu malam secara tiba-tiba. Rupa-rupanya kau terlihat kucing diluar.

Kau dilihat sebagai mewarisi 'ligat' abang kau. tak boleh duduk diam dan suka kedapur.Didapur kau akan buka almari dan punggah semua barang dapur.

Hujung minggu ni kita akan balik ke Penang untuk hari Raya Haji Insyallah.