Tuesday, November 1, 2011

1.11.2011....



Salam Isfahan,

hari ni 1.11.2011...

setakat ini alhamdulillah, semuanya seperti biasa. Abang Naufal balik kesini pada beberapa minggu lepas selama 2 minggu dan hubungan kamu berdua baik macam biasa. Fahan dah pandai melawan abang.

Fahan tak boleh berpisah dengan Opah. ANtara beza Fahan dengan Abang adalah Fahan tak pernah tolak makanan. Apa sahaja yang disuap kemulut Fahan makan, sementara Abang Naufal memilih makanan.

Fahan juga sudah suka menonton kartun sementara naufal tak.

Fahan makin galak kata ibu. Mungkin ada benarnya. Sudah mula pandai ketawa terkekeh kekeh dan pandai mengajuk orang.

Masih lagi sensitif, mudah tersentuh dan mudah menangis-terutama kalau barang yang dipegang dirampas oleh ibu atau ayah.

Ibu cerita Fahan pernah menjerit satu malam secara tiba-tiba. Rupa-rupanya kau terlihat kucing diluar.

Kau dilihat sebagai mewarisi 'ligat' abang kau. tak boleh duduk diam dan suka kedapur.Didapur kau akan buka almari dan punggah semua barang dapur.

Hujung minggu ni kita akan balik ke Penang untuk hari Raya Haji Insyallah.

No comments: