Dear Fahan,
sekarang dah 9
Julai, tak sampai sebulan lagi untuk bulan Ramadhan.
Ketika ini naufal
dan Opah ada di Saujana Utama. Dan mungkin sebab itu kau pun sekali biasa tidur
lewat.
Ada beberapa
perbezaan watak antara kau dan abang kau Fahan. Fahan sanggup balas balik apa
yang abang kau buat, terutama memukul sementara naufal tak. Walaupun badan
Fahan kecik tapi kau tak takut untuk melawan balik.
Hari pertama
kamu berdua berebut mainan bas. kadang-kadang kamu berani melawan Naufal sampai
berlari-lari mengejar dia yang merampas bas mainan dari tangan kau. malam tu
kau tidur dengan bas mainan dalam dakapan.
Kemana
sahaja kau pergi orang akan terkejut tengok betapa kurusnya kau. Tapi Fahan
memang taknak makan nasi. Kalau disuap kau akan mengelak dan lari. Tapi kalau
ada kuih atau biskut, kau akan genggam dengan 2 tangan.
Petang
Sabtu lepas, Naufal tolak Fahan dari kerusi dimeja depan ruang tamu. Nasib
baik takde kecederaan serius.
Sekarang Fahan dah pandai gigit orang bila marah. Mungkin perangai yang dapat dari kawan-kawan di taska. dan bila menjerit, bunyinya nyaring. yang tu mungkin belajar dari Naufal
No comments:
Post a Comment