Tuesday, July 15, 2014
15 Julai 2014: Fahan hilang di Pasar Ramadan Saujana Utama.
Julai 2014 bulan Ramadan. Sebelum itu selama sebulan dunia sibuk menyaksikan World Cup. Dan beberapa hari lepas German mengalahkan Argentina 1-0 untuk merangkul juara. it was a great tournament.
Pada 15 Julai 2014 ayah dan Isfahan pergi ke pasar Ramamdhan Saujana Utama lebih kurang pukul 6 lebih.
Kita beli air dan kuih manis. Dalam perjalanan pulang, kita singgah ke gerai air untuk beli air warna biru sebab Fahan tak minum sangat air Asam Boi yang ayah beli tadi.
On the way balik, ayah perasan Fahan ada dibelakang. pasar Ramadhanketika itu sesak seperti biasa. Beberapa minit kemudian bila ayah berpusing kebelakang, Fahan dah kelihatan. Samada Fahan dah kedepan ataupun kebelakang? Biasanya Fahan ikut ayah dari belakang tapi sekarang dah hilang.
Jam menunjukkan pukul 6.38. Ayah terus kedepan mencari ,bersesak-sesak dengan pengunjung lain, tapi tak kelihatan lansung. Ayah berpusing-pusing kedepan dan kebelakang terus mencari tak masih tak jumpa. Its not easy sebab pasar tu sesak.
Either nak call ibu kau dan bagitahu kau hilang dalam pasar ramamdan atau tak. Belum lagi, mungkin bila satu pasar ni kena round baru boleh declare Fahan betul-betul hilang. Ayah terus berjalan kedepan sampai ke penghujung. Then berpatah balik kebelakang,meredah orang ramai. Dalam hati dah fikir macam-macam tapi tetap berharap yang Fahan tak apa-apa. Tapi ayah tahu ketika ini budak tu sudah tentunya menangis teruk bila tahu dia sesat.
Akhirnya ternampak Fahan ditepi bangku cuba ditenangkan seorang perempuan. Beberapa lelaki lain berdiri menengok. Beberpa peniaga kecoh cakap ada budak hilang. Fahan nangis teresak-esak. ayah angkat Fahan dah terus beredar. Sempat bersalam dengan dua lelaki tu. Beberapa pekerja kedai John sound "jaga anak baik-baik ye bang." Kita terus balik. Kali ni ayah dukung Fahan dari membiarkan dia terus berjalan.
Jam menunjukkan pukul 7.05. Fahan hilang di pasar Ramadan lebih kurang 30 minit.
Ini bukan salah Fahan tapi salah ayah. Memang tak patut bawa fahan ke pasar ramadan yang sesak sebab ayah kau betapa ligatnya kau. Im sorry Fahan. It wont happen again.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment