Tak banyak perubahan pada Isfahan. Dia masih obses dengan Thomas and Friends. Hari ni ayahnya balik kerja beli 2 mainan kereta dan dia punya excited...tak tahu nak cakap macam mana.
Adda beberapa habit Fahan ni sekarang. Dia suka sepak orang. Tapi banyak kali jugak kena cubit dengan ibu dan ayahnya.
Dia menangis kejap...
Tapi lepas tu dia buat lagi.
Malam dia taknak pakai seluar. Kehulu kehilir dia tunjuk belalainya.
Selain itu dia juga suka menonton Lego the Movie.
Dia paling susah nak tidur diwaktu malam.
Rambutnya dah panjang tapi ayahnya taknak potong sebab nak biar nampak macam Liam Gallagher. Rambut raya kata ayahnya. Nasib baik Opah pun tak paksa.
DUlu dia panggil ibunya IBI. Sekarang bila menangis dia sebut MOMMY.
Masa bulan Ramadan ni, masa abang, ayah dan ibunya bertenggek tepi meja makan, Fahan lansung tak peduli. Selera makan dia masih takde. Kadang-kadang bila lapar diwaktu malam dia suruh ibunya buat air panas dan cicah dengan biskut.
This is the best year with you and I dont want you to grow up. :(
1 comment:
mak nyer mcm samseng kg dusun je duduk.. huahuaha..
Post a Comment