Friday, December 18, 2015

17 Disember 2015- Fahan tukar Taska

 Baru balik Amcorp Mall.


 Menonton wayang di MBO Space U8. Jurassic World.
 di KLIA.
Isfahan di Burger King KLIA masa hantar Opah dan Yong pergi umrah.



Hari ni 17 Disember 2015, Jumaat, Fahan tukar taska baru. Dari Taska Nur ke Taska yang lebih mahal. Sekali masuk bayar RM1,700.00. Bukan idea ayahnya,tapi idea ibu. Kalau ikutkan ayahnya memang dia tak setuju, tapi...... Macamana Fahan nak adapt suasana baru, kawan baru, dan berjauhan dengan abangnya kita pun tak tahu. Harap semua oklah.

Alasan pertukaran? Untuk Fahan belajar menulis dan lain-lain lagi. Entahlah. Harap Fahan Fahan boleh sesuaikan diri dengan suasana baru.

Selain dari itu Fahan masih obses dengan Thomas and Friends. Dia tak cakap benda lain selain Thomas 24 jam. Dan hari-hari minta beli mainan. Hari-hari.

No comments: