Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015: Julai

 Masish ketagih dgn Thomas and Friends. Masih. Sehingga bila balik ke Batu Kawan pakcik cakap next raya dia taknak tengok Fahan main Thomas lagi.
 ...Orang sibuk berbuka Isfahan sibuk main game.

 Merah tahun ni



Opah dah bising rambut Fahan panjang, dia suruh potong. Tapi ayahnya cakap tu rambut raya. Lepas raya baru potong. Kami memanggilnya rambut Beatles.

Thursday, July 9, 2015

Ramadhan 2015- Julai









Tak banyak perubahan pada Isfahan. Dia masih obses dengan Thomas and Friends. Hari ni ayahnya balik kerja beli 2 mainan kereta dan dia punya excited...tak tahu nak cakap macam mana.

Adda beberapa habit Fahan ni sekarang. Dia suka sepak orang. Tapi banyak kali jugak kena cubit dengan ibu dan ayahnya.

Dia menangis kejap...

Tapi lepas tu dia buat lagi.

Malam dia taknak pakai seluar. Kehulu kehilir dia tunjuk belalainya.

Selain itu dia juga suka menonton Lego the Movie.

Dia paling susah nak tidur diwaktu malam.

Rambutnya dah panjang tapi ayahnya taknak potong sebab nak biar nampak macam Liam Gallagher. Rambut raya kata ayahnya. Nasib baik Opah pun tak paksa.

DUlu dia panggil ibunya IBI. Sekarang bila menangis dia sebut MOMMY.

Masa bulan Ramadan ni, masa abang, ayah dan ibunya bertenggek tepi meja makan, Fahan lansung tak peduli. Selera makan dia masih takde. Kadang-kadang bila lapar diwaktu malam dia suruh ibunya buat air panas dan cicah dengan biskut.

This is the best year with you and I dont want you to grow up. :(






Monday, May 4, 2015

Berkelah di Kuala Woh, Tapah dan menunggu keretapi datang (2-3 Mei 2015)


 Nampak orang lain pakai pelampung Thomas terus Fahan datang dekat...
 Fahan takut sampai menggigil








 Biasanya antara pukul 6 ke 6 lebih, ada keretapi dari utara untuk ke KL. Kita akan keluar rumah, dan pergi ke stesyen keretapi di Tapah Road dan tunggu sampai keretapi datang....
 Keretapi belum datang tapi Isfahan dah mula tutup telinga...
 Ada tanda bukan penumpang tak boleh masuk kesini tapi kita masuk jugak...







Mungkin suatu hari nanti kita akan naik keretapi dari Tapah ke Kuala Lumpur.


Isfahan masih lagi obsess dengan Thomas and Friendsnya. Dia tengok video dari handphone 24 jam.

Thursday, September 4, 2014

Raya Aidilfitri 25 Julai 2014 dan sambutan hari jadi Isfahan 1 Ogos

 Jumaat balik Tapah, Sabtu kita pergi ke kedai gunting rambut feveret di pekan kecil Tapah Road. Opah dah bising rambut Fahan dah panjang.
 Fahan jatuh main lari kat luar rumah .Lutut luka sikit.
 Malam raya tetiba dapat idea nak tengok wayang lewat malam. Isfahan bising sampai ayah terpaksa bawak keluar. tapi dia sibuk nak masuk balik. Akhirnya bawak jugak fahan masuk panggung sampai dia tertidur. Ibu dukung fahan masuk dalam kereta bila filem tamat. Kita tonton Dawn of Planet of the Apes
Pagi raya.

 di Permatang Pelanduk Kg Gajah.
 di Batu Kawan. Pagi-pagi Fahan dah terjatuh masa berlari ditepi rumah. Lantai lincin. Kepala Fahan benjol sikit. "Asyik kena kepala je Fahan ni" kata ibu.
 Mahal seluar ni ayah beli. Harap tahun depan muat lagi.
 Persiapan hari jadi Fahan. Ibu tiup belon.
 Hiasan dekorasi majlis harijadi. Ada banyak makanan selain tiup kek lilin.

Naufal, ibu, Fahan dan Danial.