Monday, December 19, 2011
20 Disember 2011
Dear Isfahan,
17 Disember lepas kita ke Batu Kurau Taiping sebab perkhawinan Kak Long Yani.
di Taiping semua orang terkejut betapa kurusnya Fahan. Sampai nampak tulang diaorang cakap.
Kemudian ayah cakap Fahan nampak je kurus tapi sebenarnya kuat makan.
Alhamdulillah Fahan dah sihat lepas kena ulcer sebulan lalu.sekarang Fahan boleh makan apa sahaja! Masa Fahan kena ulcer kami semua takut sebab Fahan menangis dari pukul 12 sampai pukul 5 pagi. Ibu dan Ayah sampai pergi jumpa Bomoh di Bangi untuk berubat. Tiap-tiap malam ibu pasang surah Quran MP3.
Tapi sekarang Alhamdulillah semuanya dah ok.
Hari tu Fahan sebut "Ayah" dengan jelas. Mungkin Fahan lebih dulu pandai bercakap dari abang Naufal.
Hari tu ibu kata Fahan tengok TV Shrek sampai tak berkedip mata. Ok nanti ayah belikan DVD Shrek yang pertama. Itu siri Shrek yang paling best.
gestur yang Fahan pandai adalah melambai tangan. dan juga bersalam. Kalau ayah hulur tangan Fahan akan salam sambil separuh mencium.
Biasanya pada waktu pagi Fahan akan menangis sebab ibu dah pergi mandi. Dan Fahan memang seorang yang sensitif-mudah menangis.
Fahan juga berani. Mungkin lebih berani dari abang. Contohnya masa ayah bawak naik motor, Fahan akan berdiri. dan kadang-kadang Fahan akan cabut kunci motor sampai motorsikal terhenti.
Hujung minggu ni kita akan bertolak ke Ipoh untuk majlis persandingan kak LOng Yani belah pihak lelaki pula. Di Hotel Sri Malaysia kalau tak silap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment