Monday, January 2, 2012

2012





Selamat tahun baru 2012.

Fahan masih lagi suka menangis. Kadang-kadang pada waktu malam.
nak tidur susah. Pukul 11 pun kadang-kadang masih tak tidur lagi. masih suka punggah barang.

Yang bezanya Fahan makin garang. Kuat merampuih. Dan mula suka pukul orang.

Pada 30 Disember, kita ke Taman Melawati , ibu makeup kan orang bertunang. sementara menunggu ibu make up kita berdua luangkan masa. Kehulu kehilir Fahan berjalan. sampai fahan ke pagar rumah orang. Bila anjing besar datang barulah Fahan menjerit kuat. lepas tu kita jadi macam rapat sikit. Dirumah Fahan mula selesa berada disisi Ayah.

Malam New Year kita pergi Selayang Mall makan sate di restoran Haji Samuri. Ayah makan 10 sate. Fahan pun makan banyak kata ibu.

No comments: