Monday, October 29, 2012

25 Oktober 2012: Raya Haji dan Gunting Rambut di Tapah Road

25 November 2012 kita balik ke Tapah untuk sambutan Raya Haji.

Macam biasa Fahan dan abang Naufal kalau jumpa mesti menjerit-jerit.

Pada hari Ahad pagi fahan, ayah, Opah dan naufal pergi ke kedai gunting rambut. Ini kali pertama Fahan gunting rambut di kedai. Fahan nangislah jugak, sikit-sikit.








masa tiba di Saujana Utama, waktu pagi bila ayah hantar Fahan ke taska, semua cikgu heboh fahan dah rambut pendek "Fahan dah rambut pendek, Fahan dah rambut pendek" kata diaorang.

di Tapah kau melangot menonton Finding Nemo dengan abang, Naufal.

Selain dari itu ada juga berebut Vitagen dan makanan lain.

Wednesday, September 12, 2012

Raya 2012


Raya tahun 2012 jatuh pada bulan Ogos. dan tahun ni Baju raya Fahan berwarna light pink.
Dan berkasut Nike biru.

Raya pertama kita di Tapah Road. Raya kedua baru kita berangkat ke Batu Kawan, Penang dan berada disana selama seminggu.
Malam pertama Raya di Tapah, kita sampai lewat malam. Kau dan Naufal tidur lewat sebab menjerit sampai pagi.

Kemudian malam raya kita main bunga api dan mercun sampai jari kau kena api. Menangis kejap tapi tak lama.

Kalau dulu Fahan selalu menangis bila masuk rumah Batu Kawan, sekarang tak lagi. Saudara mara di Batu Kawan banyak yang terkejut Fahan masih belum bercakap penuh.

di Batu Kawan kau diusung kesana kemari oleh sanak saudara. Aktiviti yang sangat padat. Pada hari Jumaat, kau dan Fahan keluar rumah dan mandi dalam tub plastik sampai lenjun basah baju.

Banyak juga Fahan dapat duit raya. Semua ibu yang simpan. Kalau nak tahu berapa dapat sila tanya dia.

Tuesday, August 7, 2012

Fahan Dah 2 Tahun




Ayah pun tak sempat merasa kek ni. dihantar ke Taska , Fahan makan dengan kawan-kawan lain.

1 Ogos lepas, kami sambut hari jadi  Isfahan dengan kek yang dihantar ke taska.

sekarang Fahan dah 2 tahun.

Ketika ini ramadhan sedang berlansung.

Fahan at 2 makin hyper. Terlebih gula kata Chess Skinner. Makan tak mahu. Susah nak bagi makan. Kalau sumbat kemulut pun Fahan akan tutup mulut.

Tangan Fahan tak lepas dari menggengam kereta mainan. Kalau tidur pun Fahan akan genggam kuat-kuat. kadang-kadang masa makan pun Fahan main kereta dalam pinggan.

Pada 4 Ogos kita ke Subang Parade untuk beli baju raya Fahan. Fahan hyper sungguh. Menjerit-jerit terlolong. Excited yang keterlaluan.

Panas baran kau boleh tahan jugak. Kalau marah kau suka baling kereta mainan,kadang-kadang sampai kena muka orang. Ada masa-masanya juga kau tepuk meja kuat-kuat kalau tak dapat apa yang kau nak.

Pada 6 Ogos ibu bekerja dan ayah jaga Fahan dirumah. Kita berdua.
Pertama kali ayah bancuh susu untuk fahan. Mungkin sebab air panas sangat melecur mulut kau hehe. Fahan terus buang botol susu.

Sementara itu harapan Malaysia nak dapat menang gold medal pertama di Olimpik sekali lagi terkandas bila Lee Chong wey tewas tipis kepada seteru utamanya Lin Dan di Olympic London 2012. Semua rakyat Malaysia menonton perlawanan akhir itu sampai sanggup ponteng sembahyang tarawikh, termasuklah ayah.

Monday, July 9, 2012

9 Julai 2012


Dear Fahan,

sekarang dah 9 Julai, tak sampai sebulan lagi untuk bulan Ramadhan.

Ketika ini naufal dan Opah ada di Saujana Utama. Dan mungkin sebab itu kau pun sekali biasa tidur lewat.
Ada beberapa perbezaan watak antara kau dan abang kau Fahan. Fahan sanggup balas balik apa yang abang kau buat, terutama memukul sementara naufal tak. Walaupun badan Fahan kecik tapi kau tak takut untuk melawan balik.

 Hari pertama kamu berdua berebut mainan bas. kadang-kadang kamu berani melawan Naufal sampai berlari-lari mengejar dia yang merampas bas mainan dari tangan kau. malam tu kau tidur dengan bas mainan dalam dakapan.

Kemana sahaja kau pergi orang akan terkejut tengok betapa kurusnya kau. Tapi Fahan memang taknak makan nasi. Kalau disuap kau akan mengelak dan lari. Tapi kalau ada kuih atau biskut, kau akan genggam dengan 2 tangan.

Petang Sabtu lepas, Naufal tolak Fahan dari kerusi dimeja depan ruang tamu. Nasib baik takde kecederaan serius.




Sekarang Fahan dah pandai gigit orang bila marah. Mungkin perangai yang dapat dari kawan-kawan di taska. dan bila menjerit, bunyinya nyaring. yang tu mungkin belajar dari Naufal

Monday, April 23, 2012

Jalan-Jalan di Melaka: April 2012

Di Jonker Street petang Ahad sebelum bertolak balik
Menangis menjerit tengok patung...


di restoran tepi hotel untuk makan malam. semi final FA Cup. Liverpool beat Everton 2-1 untuk ke final..


Salam Fahan,
April 2012

Awal April hari tu ayah ke Melaka atas urusan rasmi. Bawak Fahan dan ibu sekali. Tinggal dalam hotel ditengah bandar Melaka.
nak bawak Fahan mandi pool tapi tak sempat.

Masa nak balik, Fahan melompat-lompat atas katil. Lepas tu jatuh. Nasib baik tak patah tengkuk.


Ketika ini Fahan makin obses dengan tengok kartun. kadang-kadang tak tidur sampai pukul 1 sebab nak tengok kartun TV. Ayah tak boleh nak tukar channel lain lansung.

Kadang-kadang Fahan taknak makan nasi. Bila disuap pun Fahan mengelak. Tapi minum susu tetap laju. Waktu malam kalau susu habis biasa Fahan akan menangis.

Thursday, April 5, 2012

Mac-April 2012




dear Isfahan,

hari ni 5 April 2012

Ada beberapa perangai Fahan yang semakin menyerlah
1) Suka buang/baling remote TV/DVD
2) Suka memanjat.
3) Pantang tengok orang makan mesti Fahan nak duduk tepi.
4) Senang ketawa bila kena acah.
5) Suka kacau orang tengah pakai komputer

Fahan kuat makan tapi badan masih lagi kurus. Azie, bla tengok badan Fahan yang kurus kering sampai   suruh ayah bagi Fahan makan banyak lagi sedangkan dia tak tahu yang Fahan memang kuat makan.

tapi kebelakangan hari ni Fahan taknak makan nasi. selalu mengelak bila disuap. Tapi bila dibagi ayam Fahan laju.

Dan fahan suka menonton kartun. kadang-kadang duduk didepan tv mengadap dalam 30 minit macam Fahan apa kartun tu cakap.Kadang-kadang kalau ibu atau ayah tukar channel lain Fahan akan marah.

Pada tengah Mac, Naufal dan Opah ada bersama kita di Saujana Utama. Naufal dan Fahan selalu juga bergaduh. Fahan dah pandai bergasak bila lawan dengan Naufal. Fahan pandai gomol dan biasanya abang tak melawan.Naufal hanya pandai tarik rambut Fahan.

Mulai bulan Mac,selalu juga ayah hantar Fahan pergi ke taska naik motor. Terutama pada waktu pagi.
masa Naufal ada, dia marah bila ayah hantar Fahan ke Taska.

sementara waktu ni memang kamu berdua berjauhan. Naufal dengan Opah di Tapah Road dan Fahan di saujana Utama.

Yang paling liat adalah tidur malam. kadang-kadang sampai pukul 11 malam pun Fahan belum tidur. Duk ternganga depan tv.

Ayah bercadang nak bawa kau menonton wayang suatu hari nanti, sebelum umur kau cecah 2 tahun.

Wednesday, February 8, 2012

8 Februari 2012: Suka Memanjat

Kerusi dirumah terpaksa dijbaringkan supaya Fahan tak panjat
Kena rotan dengan ibu tapi Fahan tak makan saman.
Sempat berposing.
Kami selalu kecut perut bila Fahan membuat aksi macam ni.





8 Februari 2012.

Fahan mula suka memanjat. Kerusi, meja,sofa dan lain-lain. Pantang duduk diam.siang petang pagi malam, sampai kami terpaksa baringkan semua kerusi dirumah supaya Fahan tak naik.

Itu beza Fahan dengan Abang Naufal. Naufal tak suka memanjat.

Alhamdulillah setakat ni tak pernah jatuh lagi.Tapi letih jugalah nak melayan.   :)

10 Februari 2012
Fahan jatuh masa memanjat meja kat dapur.

11 Februari (Ahad)
Fahan tergolek masa nak panjat sofa diruang tamu.Kami tak sempat nak buat apa-apa.ianya berlaku dengan pantas.

Sunday, January 29, 2012

Mandi Manda di Bukit Merah hujung Januari 2012


Pantang dapat pen.

baju pemberian Prof Chess Skinner
mandi manda di Bukit Merah




Pada 20 Januari kita balik ke Penang,cuti Chinese New Year.
22 Jan kita ke Bukit Merah Lake, mandi-manda.

Fahan sekarang dah tak minat makan nasi. kalau nak bagi makan waktu malam, Fahan akan lari-lari.

Selain dari itu Fahan suka panjat kerusi. Setiap kali Fahan panjat kerusi sampai nak tertonggeng, ayah akan menjerit.
kadang-kadang Fahan makin galak. Suka disakat.

Ada masa-masanya Fahan suka gomol abang.Abang Naufal biasanya tak membalas.Cuma Fahan sahaja yang  biasanya akan melawan balik.

DI batu kawan, sebab ramai orang Fahan tak menangis kalau kena tinggal-sbeba selalu ada ramai orang yang melayan Fahan. tapi kalau di rumah Saujana Utama, Fahan tak boleh tinggal. Asyik nak berkepit 24 jam dengan ibu. Fahan anak mak.

Pada malam-malam tertentu fahan susah nak tidur. Pukul 11 masih lagi kehulu kehilir.

Fahan dah pandai diacah. Dan ketawa galak bila kena sakat.

Pada 28 Januari Liverpool, team yang kita sokong mengalahkan musuh tradisinya Man U dalam saingan piala FA.

Monday, January 2, 2012

2012





Selamat tahun baru 2012.

Fahan masih lagi suka menangis. Kadang-kadang pada waktu malam.
nak tidur susah. Pukul 11 pun kadang-kadang masih tak tidur lagi. masih suka punggah barang.

Yang bezanya Fahan makin garang. Kuat merampuih. Dan mula suka pukul orang.

Pada 30 Disember, kita ke Taman Melawati , ibu makeup kan orang bertunang. sementara menunggu ibu make up kita berdua luangkan masa. Kehulu kehilir Fahan berjalan. sampai fahan ke pagar rumah orang. Bila anjing besar datang barulah Fahan menjerit kuat. lepas tu kita jadi macam rapat sikit. Dirumah Fahan mula selesa berada disisi Ayah.

Malam New Year kita pergi Selayang Mall makan sate di restoran Haji Samuri. Ayah makan 10 sate. Fahan pun makan banyak kata ibu.