Di Batu Kawan, cuti Raya Haji.
mandi manda dan memancing ikan di tepi pantai Batu Kawan
di Mines
badan lebam kena cubit di taska lama.
di majlis kenduri Shah Alam.
Kek untuk Naufal tapi Fahan yang tiupkan.
Fahan di hantar ke taska baru,dihujung blok rumah lepas kes badan lebam (11 tanda kesemuanya) akibat kena cubit di taska lama. Bila ditanya oleh tuan punya taska katanya ada pelajar yang gigit badan Fahan. we dont think that bruise cause by a bite.Instead of report the case to police or whoever, we just change your kindergarten.
Isfahan mula dihantar ke taska lama ni sejak bayi lagi. Sejak berumur 2 bulan. Dari bayi sampailah ke boleh berdiri dan bercakap. So bila diaorang buat macam tu, terkilan jugaklah rasanya. Macamlah ayah Fahan tu tak pernah bayar atau lambat bayar duit Taska.
Mula-mula mungkin sukar untuk Fahan menyesuaikan diri dengan taska baru, tapi tenaga pengajar di taska baru ni nampaknya lebih friendly dan mesra. Ibunya takut Fahan tak dapat menyesuaikan diri, tapi ayah cakap Fahan ni sweet, dia boleh sesuaikan diri dengan semua orang.
Fahan makin tak boleh berenggang dengan ibu. Ada masanya sampai menyorok kat celah kain.
Kalau bawak ke supermarket ataupun ke pasar malam, kami akan cuba mengelak lalu depan kekdai permainan kerana Fahan mesti akan menjerit.
Hujung Oktober Fahan ketagih main tab. Kadang-kadang main tab sampai ke pagi, pukul 4 pagi. Kalau nak main Fahan akan sebut "nak main! nak main!" sambil tangan tunjuk barang permainan.
Tengah November Fahan dah mula pandai naik ke tingkat atas dan tengok Thomas and Friends sorang-orang. Dulu kalau nak naik kena tarik tangan ayah, dan bila aku tolak, Fahan hanya nangis. Sekarang kalau takde siapa nak bawak Fahan keatas, dia dah boleh pergi sendiri. Kadang-kadang sampai tidur diatas. Minatnya pada kartun itu masih tak luntur.
No comments:
Post a Comment