Wednesday, January 1, 2014

Hujung DIsember 2013 dan Awal 2014






Bila balik ke Tapah pertengahan Disember sempat pergi ke kedai gunting rambut Tapah Road.



Awal Disember, Isfahan dan Naufal serta dengan ibu dan Kak Na pergi family day di Port Dickson. Mandi air sampai kecut satu badan.


1 Januari 2014, kita pergi ke kedai menjual barangan Thomas and Friends. Beli kasut, baju, topi dan semua tentang Thomas and Friends, kartun kegemaran Isfahan. Masa nak balik sibuk kepit Pencil Case sampai nangis. Terpaksa beli jugak benda tu....

Pada petang 1 Januari juga, masa Fahan keluar urmah, pak guard dari Pakistan yang baik dengan kita (dan selalu tanya tentang Opah) hulur duit seringgit pada Fahan untuk beli aiskrim. Fahan ambik sambil membongkok dan berjalan perlahan pada penjual aiskrim tu.

Sifat memonggah masih ada pada Fahan. Semua barang mainan dia dah punggah, baik diruang tamu smapailah ke tingkat atas. Kalau tak tengok, ada sahaja benda yang dia ambil, macam syampoo, bedak, cecair pencuci pinggan dan macam-macam lagi;. Tapi bila kita nampak tahu pula dia lari, takut.

Satu hari CD kartun untuk Naufal hilang sebab Fahan selongkar. Lepas ayah puas cari tak jumpa, Fahan hulur CD tu. "Macam faham-faham je Fahan ni cakap orang," kata ayah pada ibu.

Hmmm....Macam faham apa orang cakap, tapi cakap gibberish lagi. Ada macam slang English gayanya.

Oh ya kita ada kucing baru-namanya Chemong sempena nama kucing dalam filem Do Re Mi. Chemong ni kuat makan. Bila ayah dan ibu keluar dia akan mengiau nak makan. Tapi yang bagusnya Chemong ni dia tak masuk rumah.




2 comments:

Jaja Lita said...

sabar je la ngn budak genius ni.. tapi org kedai thomas N friends tu mcm faham lak yg isfahan ni ckp english.. hahah

Jaja Lita said...

sabar je la ngn budak genius ni.. tapi org kedai thomas N friends tu mcm faham lak yg isfahan ni ckp english.. hahah