Thursday, September 4, 2014

Raya Aidilfitri 25 Julai 2014 dan sambutan hari jadi Isfahan 1 Ogos

 Jumaat balik Tapah, Sabtu kita pergi ke kedai gunting rambut feveret di pekan kecil Tapah Road. Opah dah bising rambut Fahan dah panjang.
 Fahan jatuh main lari kat luar rumah .Lutut luka sikit.
 Malam raya tetiba dapat idea nak tengok wayang lewat malam. Isfahan bising sampai ayah terpaksa bawak keluar. tapi dia sibuk nak masuk balik. Akhirnya bawak jugak fahan masuk panggung sampai dia tertidur. Ibu dukung fahan masuk dalam kereta bila filem tamat. Kita tonton Dawn of Planet of the Apes
Pagi raya.

 di Permatang Pelanduk Kg Gajah.
 di Batu Kawan. Pagi-pagi Fahan dah terjatuh masa berlari ditepi rumah. Lantai lincin. Kepala Fahan benjol sikit. "Asyik kena kepala je Fahan ni" kata ibu.
 Mahal seluar ni ayah beli. Harap tahun depan muat lagi.
 Persiapan hari jadi Fahan. Ibu tiup belon.
 Hiasan dekorasi majlis harijadi. Ada banyak makanan selain tiup kek lilin.

Naufal, ibu, Fahan dan Danial.

Tuesday, July 15, 2014

15 Julai 2014: Fahan hilang di Pasar Ramadan Saujana Utama.





Julai 2014 bulan Ramadan. Sebelum itu selama sebulan dunia sibuk menyaksikan World Cup. Dan beberapa hari lepas German mengalahkan Argentina 1-0 untuk merangkul juara. it was a great tournament.

Pada 15 Julai 2014 ayah dan Isfahan pergi ke pasar Ramamdhan Saujana Utama lebih kurang pukul 6 lebih.
Kita beli air dan kuih manis. Dalam perjalanan pulang, kita singgah ke gerai air untuk beli air warna biru sebab Fahan tak minum sangat air Asam Boi yang ayah beli tadi.
On the way balik, ayah perasan Fahan ada dibelakang.  pasar Ramadhanketika itu  sesak seperti biasa. Beberapa minit kemudian bila  ayah berpusing kebelakang, Fahan dah kelihatan. Samada Fahan dah kedepan ataupun kebelakang? Biasanya Fahan ikut ayah dari belakang tapi sekarang dah hilang.

Jam menunjukkan pukul 6.38. Ayah terus kedepan mencari ,bersesak-sesak dengan pengunjung lain, tapi tak kelihatan lansung. Ayah berpusing-pusing kedepan dan kebelakang terus mencari tak masih tak jumpa. Its not easy sebab pasar tu sesak.

Either nak call ibu kau dan bagitahu kau hilang dalam pasar ramamdan atau tak. Belum lagi, mungkin bila satu pasar ni kena round baru boleh declare Fahan betul-betul hilang. Ayah terus berjalan kedepan sampai ke penghujung. Then berpatah balik kebelakang,meredah orang ramai. Dalam hati dah fikir macam-macam tapi tetap berharap yang Fahan tak apa-apa. Tapi ayah tahu ketika ini budak tu sudah tentunya menangis teruk bila tahu dia sesat.

Akhirnya ternampak Fahan ditepi bangku cuba ditenangkan seorang perempuan. Beberapa lelaki lain berdiri menengok. Beberpa peniaga kecoh cakap ada budak hilang. Fahan nangis teresak-esak. ayah angkat Fahan dah terus beredar. Sempat bersalam dengan dua lelaki tu. Beberapa pekerja kedai John sound "jaga anak baik-baik ye bang." Kita terus balik. Kali ni ayah dukung Fahan dari membiarkan dia terus berjalan.
Jam menunjukkan pukul 7.05. Fahan hilang di pasar Ramadan lebih kurang 30 minit.

Ini bukan salah Fahan tapi salah ayah. Memang tak patut bawa fahan ke pasar ramadan yang sesak sebab ayah kau betapa ligatnya kau. Im sorry Fahan. It wont happen again.

Monday, May 26, 2014

Mei 2014








Sebut "Ibu" jadi 'Ibi". Bangun pagi Fahan akan cari Ibi. Tapi 'ayah' disebut jelas 'ayah'.

Fahan masih obses dengan kartun Thomas and Friends. Selain dari itu dah mula ketagih pergi kedai dan juga lepak ditingkat atas rumah tengok DVD Thomas walaupun Tv bawah dan terpasang Thomas. Hafal semua karakter kartun Thomas.

Kalau ayahnya ambik dia dari taska waktu petang, dia akan menangis kalau tak dibawa ke kedai. Dia nak pergi kedai bukan sebab nak beli makan, tapi beli permainan. Yang dia tau'main, main,main".

Waktu malam, masa Naufal ada dirumah, mereka akan berkomplot berdua untuk naik keatas dan menjerit dengan suaraa nyaring.

DUlu dia tak berapa ngam dengan ayahnya tapi sekarang dia dah pandai bergusti. Kalau ayahnya duduk buat kerja dia akan tarik masuk dalam bilik dan wrestling.

Isfahan ni memang pandai memujuk. Kalau nak sesuatu dia akan merayu dan akhirnya dia akan sebut "please."....Please,please. Mana dia belajar entah.

26 hb Mei ibu pergi out station, hari Selasa sampai Khamis. Tinggal Isfahan dengan ayahnya. Memang kelam kabut dan haru biru. Sepatutnya kerja senang-ambik dari taska pukul 7, bagi susu, pasang tv, tukar lampin dan tidur sebelum pukul 11 malam. tapi dengan Fahan jadi lain ceritanya. Malam kedua tak tidur sepanjang malam dibuatnya. Bila nak lelap mata ada je Fahan kejutkan- susu habis, nak pasang Thomas, nak makan, nak mandi nak kencing. Tengah malam pun nak pergi kedai dan macam-macam lagi.

 Pukul 4 Isfahan kejut sebab nak mandi-bila periksa pampers basah. Bawa dalam bilik air Isfahan terus mandi pagi. Terus kita berdua tak tidur sampai pagi. Pukul 7 ayah mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Dan terus hantar Fahan ke taska.


Tuesday, April 22, 2014

April 2014: Rutin Pagi

 Biasanya pada waktu pagi ibunya yang akan hantar Fahan pergi taska. Tapi kalau ibunya kena pergi awal, ayahnya yang akan hantar Isfahan. Fahan setiap hari akan tidur sehingga ke pukul 1 atau 2 pagi dan dia bangun lewat. Ayahnya sempat mandi, tengok berita sukan sementara menunggu Fahan bangun tidur. Biasanya Fahan akan bangun antara pukul 8 hingga pukul 8.30 pagi.

 Fahan biasanya akan bangun secara tiba-tiba atau mengejut. Bila dia terjaga dia terus bangun dan mula mencari ibunya.
 Bila dia sedar ibunya takde disebelah, dia akan menangis dan mula mencari.
 Dia bangun dan mencari ibunya dimerata tempat. Ayahnya yang ada disebelah sofa memang dia tak peduli lansung.
 Dia akan mencari sampai kedapur. Bila dia tak jumpa ibunya dia akan menangis....
Bila dia tak jumpa ibunya dia akan menangis....
 Dan terus menangis....
 Menangis dengan kuat....
 Dan terus menangi dengan kuat.....
Lepas tu tibalah masa untuk mengajak Isfahan keluar dari rumah dan dihantar ke taska. Tapi Fahan taknak. Dia geleng kepala. Dan ayahnya akan cakap "Kalau taknak pergi taska, duduk dalam rumah sorang-sorang." Fahan yang mamai masih tak faham dan berkeras taknak keluar rumah.
 Bila dah dipujuk dengan segala macam jenis pujuk, barulah dia keluar. Dia mula berhenti menangis.
 Dan bersedia naik motor.
 Dengan beg yang digendung, mainan ditangan dan botol susu yang ada Isfahan sudah bersedia untuk ke taska.
Isfahan tidak menangis lagi.

Monday, February 3, 2014

Januari 2014


 Awal Januari ayah tukar nama kucing Chemong kepada John Snow. Ini kucing siapa punya pun tak tahu, tapi dia datang kedepan rumah tiap pagi dan tiap petang. Untuk beberapa minggu ayah belikan Whiskies untuk dia, tapi John Snow sangat memilih makanan.By Februari ayah dah tak larat nak bagi makan Whiskies, ibu cuma letak ikan bilis sahaja depan rumah.

Satu petang Rabu ayah beli rangka ayam. Fahan ambik dan bawa kehulu kehilir.

Melukis pada cermin.

Habis semua sos dituang kedalam bekas teh o. Masa ni ibu pergi kerja. Ayah biarkan je Fahan experimental dengan barang-barang dapur.


Menjerit bila dengar bunyi keretapi. Kata ibu dari jauh lagi Fahan dah menggeletar.

Bermesra dengan jiran sebelah rumah yang baik hati menyuap aiskrim dari balik pagar.



Nama: Amir Isfahan Mohd Saad

Hobi: Tengok TV, memanjat tingkap, naik motor

Makanan kegemaran: Tiada

Minuman kegemaran: Susu

Kartun kegemaran: Thomas and Friends

Pakaian kegemaran: Baju-baju yang ada gambar Thomas

Aiskrim kegemaran: Paddle Pop

Team bola yang disokong: Liverpool

Perkataan kegemaran: "No!", "Whats this?"


Wednesday, January 1, 2014

Hujung DIsember 2013 dan Awal 2014






Bila balik ke Tapah pertengahan Disember sempat pergi ke kedai gunting rambut Tapah Road.



Awal Disember, Isfahan dan Naufal serta dengan ibu dan Kak Na pergi family day di Port Dickson. Mandi air sampai kecut satu badan.


1 Januari 2014, kita pergi ke kedai menjual barangan Thomas and Friends. Beli kasut, baju, topi dan semua tentang Thomas and Friends, kartun kegemaran Isfahan. Masa nak balik sibuk kepit Pencil Case sampai nangis. Terpaksa beli jugak benda tu....

Pada petang 1 Januari juga, masa Fahan keluar urmah, pak guard dari Pakistan yang baik dengan kita (dan selalu tanya tentang Opah) hulur duit seringgit pada Fahan untuk beli aiskrim. Fahan ambik sambil membongkok dan berjalan perlahan pada penjual aiskrim tu.

Sifat memonggah masih ada pada Fahan. Semua barang mainan dia dah punggah, baik diruang tamu smapailah ke tingkat atas. Kalau tak tengok, ada sahaja benda yang dia ambil, macam syampoo, bedak, cecair pencuci pinggan dan macam-macam lagi;. Tapi bila kita nampak tahu pula dia lari, takut.

Satu hari CD kartun untuk Naufal hilang sebab Fahan selongkar. Lepas ayah puas cari tak jumpa, Fahan hulur CD tu. "Macam faham-faham je Fahan ni cakap orang," kata ayah pada ibu.

Hmmm....Macam faham apa orang cakap, tapi cakap gibberish lagi. Ada macam slang English gayanya.

Oh ya kita ada kucing baru-namanya Chemong sempena nama kucing dalam filem Do Re Mi. Chemong ni kuat makan. Bila ayah dan ibu keluar dia akan mengiau nak makan. Tapi yang bagusnya Chemong ni dia tak masuk rumah.