Monday, December 19, 2011

20 Disember 2011



Dear Isfahan,

17 Disember lepas kita ke Batu Kurau Taiping sebab perkhawinan Kak Long Yani.

di Taiping semua orang terkejut betapa kurusnya Fahan. Sampai nampak tulang diaorang cakap.
Kemudian ayah cakap Fahan nampak je kurus tapi sebenarnya kuat makan.

Alhamdulillah Fahan dah sihat lepas kena ulcer sebulan lalu.sekarang Fahan boleh makan apa sahaja! Masa Fahan kena ulcer kami semua takut sebab Fahan menangis dari pukul 12 sampai pukul 5 pagi. Ibu dan Ayah sampai pergi jumpa Bomoh di Bangi untuk berubat. Tiap-tiap malam ibu pasang surah Quran MP3.
Tapi sekarang Alhamdulillah semuanya dah ok.

Hari tu Fahan sebut "Ayah" dengan jelas. Mungkin Fahan lebih dulu pandai bercakap dari abang Naufal.

Hari tu ibu kata Fahan tengok TV Shrek sampai tak berkedip mata. Ok nanti ayah belikan DVD Shrek yang pertama. Itu siri Shrek yang paling best.

gestur yang Fahan pandai adalah melambai tangan. dan juga bersalam. Kalau ayah hulur tangan Fahan akan salam sambil separuh mencium.

Biasanya pada waktu pagi Fahan akan menangis sebab ibu dah pergi mandi. Dan Fahan memang seorang yang sensitif-mudah menangis.

Fahan juga berani. Mungkin lebih berani dari abang. Contohnya masa ayah bawak naik motor, Fahan akan berdiri. dan kadang-kadang Fahan akan cabut kunci motor sampai motorsikal terhenti.


Hujung minggu ni kita akan bertolak ke Ipoh untuk majlis persandingan kak LOng Yani belah pihak lelaki pula. Di Hotel Sri Malaysia kalau tak silap.

Monday, November 14, 2011

14 Nov: Raya Haji dan Demam Campak


Di Batu Kawan, seronok disorong Kak Tira. Kak Tira antara yang paling rajin melayan kau.
Menangis 24 jam. Macam Ahmad Albab. Kalau Tompel masih hidup memang ayah bawak Fahan jumpa dia

Bila demam Fahan pun jadi lembik




Dear Isfahan,

Pada 6 November kita pulang ke Tapah Road dan batu Kawan untuk sambutan Hari Raja Haji.

Fahan pakai baju Melayu warna coklat.

Disana kita sambut hari jadi Abang sekali walaupun tarikh lahirnya 25hb November.

Pada12 November kau kena demam campak.Menangis sepanjang malam.

petangnya ibu pi tolong make up orang di Subang, kita tinggal berdua. Ini pertama kali Fahan tinggal dengan ayah.

Fahan nangis sepanjang masa, ayah pun tak tahu nak buat macam apa.

kau hanya diam sekejap bila tengok game Angry Bird.
Kemudian ayah letak kau disofa dan urut badan kau.

Pukul 6 lebih ayah bawak kau jalan-jalan naik motor. Kau diam sekejap.

Lepas maghrib baru kami bawa kau ke klinik. Dan susahnya nak bagi kau manak ubat liquid hanya Tuhan saja yang tahu. Sesatunya benda yang kau tolak bila dimasukkan kedalam mulut.

Malamnya England kalahkan Spain dalam bola friendly antarabangsa 1-0.

16 November 2011
Pada siangnya Fahan macam biasa, main-main walaupun memang sakit dalam mulut. Tapi pada waktu malam, dari pukul 12.15 sampai ke 4 pagi Fahan akan menangis macam kena rasuk. Tiba-tiba menjerit waktu tidur dan terus menjerit. Ayah dan Ibu pun tak tahu nak buat apa.

Tuesday, November 1, 2011

1.11.2011....



Salam Isfahan,

hari ni 1.11.2011...

setakat ini alhamdulillah, semuanya seperti biasa. Abang Naufal balik kesini pada beberapa minggu lepas selama 2 minggu dan hubungan kamu berdua baik macam biasa. Fahan dah pandai melawan abang.

Fahan tak boleh berpisah dengan Opah. ANtara beza Fahan dengan Abang adalah Fahan tak pernah tolak makanan. Apa sahaja yang disuap kemulut Fahan makan, sementara Abang Naufal memilih makanan.

Fahan juga sudah suka menonton kartun sementara naufal tak.

Fahan makin galak kata ibu. Mungkin ada benarnya. Sudah mula pandai ketawa terkekeh kekeh dan pandai mengajuk orang.

Masih lagi sensitif, mudah tersentuh dan mudah menangis-terutama kalau barang yang dipegang dirampas oleh ibu atau ayah.

Ibu cerita Fahan pernah menjerit satu malam secara tiba-tiba. Rupa-rupanya kau terlihat kucing diluar.

Kau dilihat sebagai mewarisi 'ligat' abang kau. tak boleh duduk diam dan suka kedapur.Didapur kau akan buka almari dan punggah semua barang dapur.

Hujung minggu ni kita akan balik ke Penang untuk hari Raya Haji Insyallah.

Thursday, September 8, 2011

Hari Raya Kedua Isfahan; 30 ogos 2011



Salam Isfahan.

Tahun ini raya Aidilfitri disambut pada 30 Ogos. Dan ini tahun kedua Fahan menyambut hari Raya Aidilfitri.

Hari pertama kita beraya di Tapah dengan Opah. Kita berangkat pulang ke Batu Kawan Penang pada petang hari raya pertama.

Di Tapah ketika dalam perjalanan kau excited sampai gigit Opah dan melompat-lompat. Biasanya kau memang akan ghairah bila naik kereta.

Kita bercuti dikampung selama seminggu. Di permatang Pelanduk kak Kiah keliru samada Fahan budak lelaki atau perempuan.
Di Batu Kawan pula kau digomol setiap hari oleh sanak saudara. Didukung kehulu dan kehilir. Kak Ida yang biasa mandikan Fahan.

Pada hari Jumaat ibu potong rambut Fahan.

Kita pulang kembali ke Saujana Utama pada 4 September 2011.

macam biasa Fahan sukar untuk sesuaikan diri dengan isolation dan kelompok yang kecil. Fahan mudah menangis kalau berseorangan. di batu Kawan biasanya ramai orang akan melayan Fahan.

Pada hari Selasa 6 September 2011 ibu bawa Isfahan keklinik. Fahan didapati kena ulser kat tekak. Mungkin sebab itu Fahan asyik merengek tiap malam tak boleh minum susu. Tapi ketika blog ini ditulis Fahan beransur baik.

Biasanya pada waktu pagi ayah akan bawak Fahan naik motor pusing-pusing keliling rumah sebelum dihantar ke taska. Setakat ini Fahan tak takut naik motor, dan biasanya Fahan akan duduk diam atas bakul tu.

Ada juga Fahan dapat duit raya, tapi tak banyak sebab kita tak berjalan ke banyak rumah.

6 November 2011
6 November-Ingat tarikh ni! Ini tarikh fahan dah mula pandai berjalan. Malam tadi Fahan dah mula berjalan keliling rumah. walau jalan-jatuh, jalan-jatuh, tapi Fahan dah boleh seimbangkan badan.
Selain dari itu Fahan memang suka memunggah. Habis DVD dan apa sahaja barang yang boleh dicapai semua Fahan nak punggah.

Sunday, July 31, 2011

Hari jadi Amir Isfahan yang pertama adalah juga Ramadhan yang pertama 2011

Salam Isfahan,



hari ni 1 Ogos 2011. hari pertama umat Islam berpuasa ditahun ini. hari ini juga, kebetulan adalah hari lahir Isfahan yang pertama. Amir Isfahan genap setahun hari ini.

Setakat ini Isfahan sudah pandai berjalan jatuh.Dan selalu saja kacau ayah bila ayah bekerja depan laptop.

Selain dari itu sejak kebelakangan ini Fahan sudah semakin aggresif dan galak. Suka meloncat-loncat. Suka membongkar barang.Dan tersenyum pada sesiapa sahaja.

Mudah menangis diwaktu pagi bila terasa ditinggal dan keseorangan.

beberapa hari sebelumnya fahan dah mula pandai menangis sebab rasa kena tinggal. Terutama bila melihat ayah pergi kerja awal pagi.

Fahan makin buas. Sebab Fahan makin buas banyak kali fahan terhantuk, terjatuh. Dulu pernah terfikir nak beli helmet cover kepala tapi mahal sangat.

Beberapa minggu lalu Opah dan abang, Naufal tinggal dengan kita. Fahan selalu berkepit dengan Opah. Terutama sebab Opah rajin bagi Fahan makan.

Selepas Opah dan Naufal kembali ke Tapah, ibu kata Fahan suram pada hari pertama. Mungkin sebab dah biasa dengan Opah barangkali maka Fahan terasa kehilangan. yang nyatanyas memang Fahan lebih suka kalau dikelilingi oleh ramai orang dari ditinggalkan sendirian.

Selamat hari jadi yang pertama Fahan. Malam ni kita akan makan kek harijadi yang pertama sama-sama.

12 Ogos 2011
Fahan dah mula panggil mak. Atau "Makkkkkkk" atau "owwwwwmmmmakkkk" Tak tahu Fahan panggil mak atau refer mak tu sebagai makanan.

Ada beberapa waktunya Fahan aggesif sangat. terloncat kesana terloncat kesini. Cikgu di Taska pun cakap Fahan semakin aggresif. Berbeza dengan beberapa minggu kebelakangan ini.

Biasa pada waktu petang, kakak akan datang kerumah kita dan main dengan Fahan. kakak dari rumah jiran hadapan satu tadika dengan Fahan. Kakak adalah jiran pertama yang bertandang kerumah kita. Harap kamu berdua akan berkawan baik sampai dewasa.

14 Ogos 2011
Pagi ni kali pertama Fahan naik motor. pada mulanya Fahan takut dengar bunyi enjin motor,menangis bila diletakkan diatas para motor. Tapi bila bawak motor, alhamdulillah Fahan diam je.

Sunday, June 26, 2011

27 Jun: Demam




27 Jun 2011.

Fahan demam. Muka penuh dengan bintik2 merah. Mula2 kami ingat fahan kena denggi. Berulang alik ke klinik di Damansara.

Kena ambik darah dan lain-lain.
Malam Ahad doktor inform Hemogoblin Fahan rendah. pagi Isnin kena keklinik balik.

Pagi Isnin, lepas ke klinik balik doktor mengesahkan Fahan tak kena demam campak. Cuma ruam panas.

Cemas sekejap. kalau Fahan kena demam campak tak boleh hantar ke Taska. Kita kena balik ke Tapah mintak Opah tolong jaga Fahan dirumah.



Sementara itu manja Fahan makin kuat.; Tak boleh tinggal sekejap, mesti nak nangis.

Tuesday, May 31, 2011

30 Mei 2011



hari ni 30 Mei 2011.

Fahan semakin ligat. Dan semakin galak.

Dah mula pandai panjat sofa. Tapi masih tak pandai nak duduk. Kadang-kadang bergetar kaki Fahan tak reti nak turun bawah.

Bila diajar berjalan pun kaki masih tak reti nak melangkah.

Namum begitu masih tak boleh ditinggal ibu. Kalau ibu ke dapur memasak Fahan akan menangis sampai sedu-sedu. Ayah panggil Fahan ,anak mak.

Semalam kali pertama Fahan nangis sebab nak ikut ayah naik tangga.

Kalau dulu masa pagi Fahan selalu nangis bila ibu tinggalkan Fahan untuk pergi mandi dan ayah tak tahu nak buat apa, sekarang ayah dah tau trick nak kasi Fahan tak nangis. Ayah bawak Fahan duduk depan rumah. Biasanya Fahan akan diam.

Sekarang Fahan juga dah pandai main. Kalau geletek perut dah terkekek-kekek ketawa.

Wednesday, April 6, 2011

Isfahan dah tumbuh 2 batang gigi: 6 April 2011

Salam Isfahan,

Hari ni 7 April 2011.

Setakat ni Fahan dah hampir tumbuh 2 gigi.

Fahan makin manja. Tak boleh berpisah dengan ibu. Kalau ibu kedapur Fahan akan menangis.

Kadang-kadang ayah terpaksa bawak Fahan keluar dan siram pokok bunga baru Fahan diam dari menangis.

Abang, Naufal masih di Tapah Road dengan Opah. Insyallah minggu hadapan kalau ada kelapangan kita akan jenguk dia disana.

Di perumahan Saujana Utama ketika ini heboh tentang kes pecah rumah. Setiap minggu ada sahaja rumah yang kena masuk pencuri. Alhamdulillah setakat ini rumah kita selamat
tak boleh berpisah dengan ibu walaupun ketika ibu tumbuk sambal belacan

Menonton Jackie Chan's Project A bersama.

Thursday, February 17, 2011

Penang Trip: 30 Jan - 7 Februari 2011

kali pertama Fahan makan nasi lepas genap umur 6 bulan.
Berkelah tepi laut. Fahan nangis bila kak IDa letakkan kaki Fahan diair laut.

Bersama-sama sanak saudara yang lain dirumah Tok dihujung kampung.
Dalam bot ke Pulau Aman.
Di Pulau Aman.
Gunting rambut pertama kali lepas sekian lama.
Mandi, lepas selesai gunting rambut.
Di Auto City.

Sunday, January 2, 2011

3 Januari 2011; Fahan 5 bulan


3 Januari 2011.

Diam diam Isfahan dah 5 bulan.

Semalam ibu kata Fahan mengamuk dari pagi sampai kepetang. Apa yang silap tak tahu.

Fahan memang selalu mengamuk kalau dibagi minum susu. Dan kalau menjerit Fahan memang champion.

fahan dan pandai senyum senyum dengan orang. Telinga cepat menangkap suara orang.

tapi habit suka makan jari masih tak hilang.
kadang-kadang Fahan sampai   masukkan jari kaki dalam mulut. Lol.